Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone rec video music

Pengguna iPhone? Ini Cara Rakam Video Sambil Mainkan Lagu Di ‘Background’

Diterbitkan Februari 24, 2022 · Dikemas kini Mei 1, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Saat ini, pengguna Instagram sudah boleh menyertakan lagu pada Stories mereka namun ia mengambil beberapa langkah ekstra.

Malangnya, jika video dari Stories dimuat turun sekalipun, lagu dipilih tidak dimasukkan dalam video.

Pengguna iPhone mungkin antara yang kecewa kerana mereka setiap kali merakam video, lagu yang dimainkan di latar (background) seperti melalui Spotify, Apple Music atau YouTube Premium akan terhenti.

Sebenarnya ada lompong dalam iPhone (iOS 14 dan ke atas) yang membenarkan anda merakam video sambil audio dimainkan di latar. Ikuti langkah ini:

  1. Buka aplikasi Camera.
  2. Di halaman Photo, leret (swipe) butang perakam (shutter, berwarna putih) ke kanan.

Pengguna iPhone? Ini Cara Rakam Video Sambil Mainkan Lagu Di ‘Background’

 

Dengan ini, iPhone terus merakam video tanpa lagu di latar dihentikan. Anda akan dapati audio daripada pemain muzik juga dirakam dalam video tanpa sebarang isu.

Atau, anda juga boleh hold butang perakam sberapa lama anda mahu jika tidak mahu leretnya ke kiri. Ia juga akan merakam tanpa hentikan audio daripada aplikasi di latar.

Makluman tambahan, jika anda leretkan ke kiri, ia akan mengambil gambar secara burst.

Jika anda ingin membaca DM Instagram tanpa meninggalkan seen walaupun yang saling mengikuti, anda boleh ikuti langkah di sini.

Baca juga:

  • Cara Sembunyikan Akaun Instagram Anda Daripada “Suggested For You”, Elak Diikuti Orang Tidak Diingini
  • Ini Perbezaan ‘Cc’ Dan ‘Bcc’ Dalam E-mel
  • Cara ‘Kunci’ Tab Incognito Dengan FaceID Pada iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY