Tiada Lagi Burung Biru, Twitter Akan Dikenali 'X' Dengan Logo Baharu

Elon Musk mengumumkan Twitter akan dijenamakan semula sebagai X.

{suggest}

Sejak semalam, Musk telah memuat naik sejumlah twit mengenai perkara itu. Musk menyatakan pautan X.com akan dihalakan ke Twitter.com dan "logo interim X" akan menggantikan logo burung biru.

https://twitter.com/elonmusk/status/1683171310388535296

Mengesahkan perkara itu, CEO Twitter Linda Yaccarino turut memuat naik ciapan mengenainya.

https://twitter.com/lindayacc/status/1683214311957594113

Sebagai tambahan, Musk juga telah menggantikan gambar profil dengan logo sementara X.

https://twitter.com/elonmusk/status/1683324132853686272

Bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis, pautan X.com dilihat masih tidak berfungsi seperti yang dinyatakan, yang mana kemungkinan akan tersedia sedikit masa lagi.

Penjenamaan Twitter kepada X ini dilihat selari dengan penggabungan Twitter Inc. bersama X Corp pada April 2023. Dengan penjenamaan semula ini juga, X bakal membawa sejumlah perubahan penting di platform itu.

Namun, ia mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum pengguna membiasakan dengan nama baharu X.