Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ONE PIECE _ New Still — 21 July Debut (7)

“Tidak Ada Kompromi Dalam Rancangan Ini!” – Eiichiro Oda

Diterbitkan Julai 24, 2023 · Dikemas kini Julai 24, 2023 oleh ariff bukhari

Bersempena dengan meraikan One Piece Day iaitu pada 22 Julai lepas, Netflix telah pun mengeluarkan treler rasmi untuk siri aksi langsung yang sangat dinanti-nantikan peminat One Piece.

Malah turut diterbitksn adalah surat yang ditulis secara peribadi daripada penciptanya sendiri iaitu Eiichiro Oda.

Antara kandungan dalam suratnya itu adalah beliau berkongsikan pendapatnya mengenai  adaptasi karya manganya itu kepada aksi langsung, pengeluaran, perubahan dari manga, pelakon dan krew produksi yang menjayakannya.

ONE PIECE _ Letter from Eiichiro Oda — 22 July (Page 1)
ONE PIECE _ Letter from Eiichiro Oda — 22 July (Page 2)

Antara yang disebutnya adalah beliau menegaskan bahawa,  tidak ada kompromi dalam penerbitan One Piece kepada aksi langsung.

Beliau turut memuji usaha krew produksi yang berusaha menjayakan rancangan tersebut.

“Penerbit dan kru adalah profesional dalam aksi langsung dan terus terang, mereka juga peminat tegar ONE PIECE.”

“…saya sayangkan pasukan produksi dan pelakon sehinggakan saya tidak sabar untuk mereka mendapat pujian yang mereka layak daripada semua orang di seluruh dunia,” Eiichiro Oda.

Siri aksi sebenar One Piece bakal hadir dengan sebanyak 10 episod yang akan mula ditayangkan di Netflix dari 31 Ogos 2023 nanti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Treler Rasmi Siri Aksi Sebenar One Piece Netflix Dah Keluar
  • UiTM Akan Terima 10 Peranti Starlink
  • Tiada Lagi Burung Biru, Twitter Akan Dikenali 'X' Dengan Logo Baharu

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY