Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ChatGPT Android

Aplikasi Rasmi ChatGPT Untuk Android Akan Dilancar Minggu Ini

Diterbitkan Julai 24, 2023 ยท Dikemas kini Julai 24, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak dilancarkan pada November tahun lalu, bot sembang ChatGPT telah mempunyai lebih 100 juta pengguna. Di peranti iOS, aplikasi ChatGPT telah pun tersedia sejak Mei 2023.

Terbaharu, OpenAI mengumumkan aplikasi rasmi ChatGPT untuk Android akan dilancarkan pada minggu ini, namun tidak dinyatakan tarikh spesifik.

Berkaitan

  • OpenAI Lancar Aplikasi ChatGPT Untuk iOS
  • ChatGPT Di iOS Kini Diintegrasi Dengan Siri Dan Shortcuts

Sementara itu, pengguna juga boleh membuat pra-pendaftaran, untuk membolehkan aplikasi ChatGPT dipasang secara automatik sebaik sahaja tersedia di Google Play Store.

Announcing ChatGPT for Android! The app will be rolling out to users next week, and you can pre-order in the Google Play Store starting today: https://t.co/NfBDYZR5GI

— OpenAI (@OpenAI) July 21, 2023

Sama seperti versi web dan iOS, aplikasi ChatGPT untuk Android boleh dimuat turun secara percuma dengan ciri-ciri seperti jawapan segera, input profesional, peluang pembelajaran dan sebagainya.

Selain itu, aplikasi ini juga menawarkan pembelian dalam aplikasi, iaitu melalui langganan ChatGPT Plus.

Bagi pengguna Android yang ingin membuat pra-pendaftaran, ianya boleh dilakukan melalui Google Play Store.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY