Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Guna TnG eWallet Untuk Pembayaran Di App Store Dan Play Store

Cara Guna TnG eWallet Untuk Pembayaran Di App Store Dan Play Store

Diterbitkan April 11, 2022 · Dikemas kini Ogos 26, 2022 oleh Nadiah Ab

Hari ini, bantuan ePemula sebanyak RM150 telah dilancarkan buat para belia dan pelajar IPT yang layak melalui eDompet yang dipilih termasuk Touch ‘n Go (TnG) eWallet.

Asasnya, Touch ‘n Go eWallet sering digunakan untuk pembayaran atas talian atau pembayaran di tol.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya Touch ‘n Go eWallet juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran pada App Store dan Play Store.

Oleh itu, ingin saya kongsikan cara bagaimana menggunakan Touch ‘n Go eWallet pada Play Store dan App Store dengan beberapa langkah yang sangat mudah.

Berkaitan

  • Sebelum Beli, Ketahui Perkara Ini Dahulu Tentang Kad TNG NFC
  • Ini Perbezaan NFC Dan RFID Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu
  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Bersedia, Ini Petua Beli Kad NFC Di TNG eWallet Dengan Jayanya

TnG eWallet untuk Play Store

Langkah 1: Untuk pengguna Android, pertama sekali buka aplikasi Google Play.

Langkah 2: Pergi ke tetapan dan klik ‘Payment methods’.

tng ewallet

Langkah 3: Pilih ‘Add Touch ‘n Go eWallet’.

tng ewallet

Langkah 4: Log masuk ke akaun Touch ‘n Go eWallet anda dengan dengan nombor telefon dan nombor pin.

tng ewallet

Langkah 5: Tunggu SMS pengesahan dan masukkan nombor OTP seperti yang diminta.

tng ewallet

Anda selesai menghubungkan Touch ‘n Go eWallet dengan Play Store.

Touch ‘n Go eWallet untuk App Store

Langkah 1: Untuk pengguna iOS, pergi ke aplikasi ‘Settings’ dan klik nama anda.

tng ewallet

Langkah 2: Pilih ‘Payment & Shipping’.

tng ewallet

Langkah 3: Seterusnya, pilih ‘Touch ‘n Go eWallet’.

tng ewallet

Langkah 4: Ikuti arahan seterusnya dengan log masuk ke TnG eWallet anda serta nombor pin. Anda kemudian akan menerima nombor OTP untuk pengesahan.

Selesai, anda sudah berjaya menghubungkan Touch ‘n Go eWallet sebagai kaedah pembayaran di App Store.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY