Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
save 4.0

Cara Dapat e-Rebat RM400 Bila Beli Peti Sejuk Dan Penyaman Udara

Diterbitkan Januari 23, 2024 · Dikemas kini Januari 23, 2024 oleh ariff bukhari

Untuk tahun 2024 ini, mungkin sudah tiba masanya untuk anda membeli model terbaru peti sejuk yang sudah berusia lebih 10 tahun.

Tapi jangan lupa membelinya dengan memanfaatkan progam e-rebat yang sedang ditawarkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 4.0.

Menerusi program ini, anda layak untuk membeli barangan elektrik terpilih dan mendapatkan e-rebat yang bernilai sehingga RM400.

Pemberian e-rebat ini layak untuk pembelian penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

save 4.0

Pengguna boleh memohon dan mendapatkan e-rebat melalui dua (2) kaedah iaitu dengan:

  • membawa bil elektrik terkini dan membuat pembelian secara fizikal di kedai-kedai elektrik/pasar raya berdaftar di bawah Program SAVE 4.0; atau
  • memohon e-rebat dan membuat pembelian secara atas talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf.

Anda boleh mendapatkan e-rebat untuk pembelian dalam talian pada platform e-dagang berikut:

  • Lazada
  • PGMALL
  • Shopee
  • Youbeli
  • TikTok Shop

Berikut adalah contoh cara pembelian penyaman udara dan peti sejuk di Shopee dan mendapatkan e-rebat RM400:-

1. Buat carian save 4.0 dan tekan pada hasil carian SAVE 4.0 seperti rajah di bawah.

save 4.0

2. Tatal ke bawah dan anda boleh mula memilih peti sejuk dan penyaman udara yang anda inginkan.

WhatsApp Image 2024-01-23 at 09.57.58
WhatsApp Image 2024-01-23 at 09.58.20

Atau anda boleh ke laman sesawang rasmi seda dan lihat senarai penuh produk yang layak untuk e-Rebat ini. Laman itu turut menyenaraikan harga bagi setiap produk tersebut.

Berkaitan

  • Kereta Hibrid Makan Modal? Ini Kelebihan HEV Yang Ramai Tak Tahu
  • Pelanggan Celcom, Digi Perlu Tukar Pelan Baharu Untuk Akses 5G Percuma
  • Ciri Perlindungan Peranti Dicuri Diperkenal Dalam iOS 17.3, Ini Cara Aktifkan

Sumber: seda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY