Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Capital A Standard Chartered

Capital A, Standard Chartered Teroka Pembangunan Stablecoin MYR

Diterbitkan Disember 12, 2025 · Dikemas kini Disember 12, 2025 oleh Amalina Athman

Syarikat induk AirAsia, Capital A, bersama Standard Chartered telah menandatangani Surat Niat (LOI) untuk meneroka pembangunan dan ujian stablecoin berdenominasi Ringgit (MYR) melalui Digital Asset Innovation Hub (DAIH) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM).

Inisiatif ini menandakan langkah pertama Capital A dalam aset digital yang dikawal selia. Ia menggunakan infrastruktur dan kepakaran Standard Chartered, serta ekosistem syarikat Capital A, untuk menguji penggunaan aset digital bagi transaksi borong.

Di bawah inisiatif ini, Standard Chartered Malaysia akan bertindak sebagai pengeluar stablecoin MYR, manakala Capital A dan ekosistemnya akan membangunkan, menguji dan berpotensi menjalankan projek rintis bagi kegunaan sebenar di peringkat transaksi borong.

“Stablecoin MYR yang dibangunkan dengan kepakaran Standard Chartered dan diuji di bawah DAIH BNM berpotensi membuka peluang sebenar untuk operasi perniagaan kami – merangkumi penyelesaian masa nyata dan pengurusan perbendaharaan lebih baik,” kata CEO Capital A Tony Fernandes.

Sementara itu, DAIH BNM berfungsi sebagai platform untuk BNM dan industri bekerjasama mencipta dan menguji teknologi kewangan baharu, dengan tujuan membimbing pembangunan aset digital secara bertanggungjawab serta merangka persekitaran kawal selia yang sesuai untuk menyokong inisiatif tersebut.

Kedua-dua syarikat kini akan menjalankan penilaian lanjut dari segi teknikal, kawal selia dan komersial di bawah DAIH BNM.

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah melancarkan stablecoin RMJDT yang disandarkan Ringgit Malaysia.

Berkaitan

  • Kerajaan Setuju Tubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital Dan AI - Anwar
  • AirAsia Lancar Dunia Maya Di Roblox
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • TMJ Lancar RMJDT, Stablecoin Berasaskan Ringgit Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY