Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirAsia Lancar Dunia Maya Di Roblox

AirAsia Lancar Dunia Maya Di Roblox

Diterbitkan Ogos 7, 2025 · Dikemas kini Ogos 7, 2025 oleh ariff bukhari

AirAsia melangkah ke dunia metaverse dengan melancarkan AirAsia World di platform permainan Roblox, menawarkan pengalaman digital yang imersif dan interaktif yang menarik.

Inisiatif ini memberi peluang kepada pemain meneroka budaya ASEAN dan merasai suasana penerbangan AirAsia dalam bentuk maya.

Terdapat dua ciri utama dalam permainan ini iaitu:

  1. Penerokaan ASEAN – Pemain dapat menjelajah lokasi maya penuh warna di rantau ASEAN sambil mengenali budaya unik setiap negara.
  2. Pengalaman – Merangkumi permainan mini, aktiviti bermusim, dan ganjaran digital yang menarik.

AirAsia World dibangunkan hasil kerjasama AirAsia Brand Co. (Abc), Objekk, dan Lumiworks Sdn Bhd, dengan disokong geran daripada MDEC.

AirAsia Lancar Dunia Maya Di Roblox
Pengguna boleh menikmati pengalaman seperti makan hidangan Santan dalam permainan dan mencipta watak Roblox mereka sendiri untuk meneroka dunia AirAsia.
AirAsia Lancar Dunia Maya Di Roblox

Dalam permainan “AirAsia World” di Roblox ini, pemain boleh terokai dua peta utama:

  • AirAsia Central: Hab untuk permainan mini seperti AirAsia Ride Grand Prix dan AirAsia Pilot Academy.
  • ASEAN Island: Lokasi pelancongan maya ke negara-negara Asia Tenggara.

Para pemain kini boleh mencari “AirAsia World” untuk memulakan pengembaraan mereka di dunia Roblox hari ini.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Kajian Bongkar 77% Kereta Popular Guna Lebih Bahan Api Dari Yang Diiklankan
  • Pusat Data Generasi Baharu Dibuka Di Pulau Pinang, Sokong AI Dan Teknologi Rendah Karbon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY