Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TMJ Lancar RMJDT, Stablecoin Berasaskan Ringgit Malaysia

TMJ Lancar RMJDT, Stablecoin Berasaskan Ringgit Malaysia

Diterbitkan Disember 10, 2025 · Dikemas kini Disember 10, 2025 oleh Amalina Athman

Bullish Aim, yang dipengerusikan dan dimiliki Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, kini melancarkan stablecoin RMJDT yang disandarkan Ringgit Malaysia.

Stablecoin ini dijalankan pada rangkaian Zetrix (dahulunya MyEG), iaitu blockchain teras Layer-1 yang menyokong Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI).

RMJDT diperkenalkan di bawah kerangka ‘sandbox’ yang dikawal selia. Menurut pemfailan Zetrix di Bursa Malaysia, RMJDT bertujuan untuk mengukuhkan penggunaan ringgit dalam urus niaga perdagangan antarabangsa serta menjadi pemangkin kepada peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara.

Inisiatif ini selari dengan trend tokenisasi global dan menyokong secara langsung Agenda Aset Digital Negara.

Seiring pelancaran RMJDT, Bullish Aim juga akan menubuhkan Digital Asset Treasury Company (DATCO) dengan peruntukan awal RM500 juta dalam bentuk token Zetrix, yang dijangka meningkat kepada RM1 bilion. Model ini mengikut contoh global seperti MicroStrategy dan Bitmine Immersion, di mana perbendaharaan ini berperanan penting dalam memastikan kestabilan yuran gas RMJDT bagi setiap transaksi.

Selain itu, DATCO juga akan mempertaruhkan (stake) token Zetrix untuk menyokong sehingga 10% nod validator dalam MBI, sekali gus memperkukuh daya tahan Web3 nasional serta meningkatkan keselamatan dan kecekapan ekosistem blockchain negara.

“Sebagai penerbit RMJDT, penubuhan perbendaharaan token Zetrix adalah keperluan strategik – untuk menyokong kestabilan operasi dan memperkukuh keselarasan dengan blockchain nasional,” kata Pemangku Sultan Johor.

Berkaitan

  • MyEG Tukar Nama Kepada Zetrix AI - Berkuat Kuasa 3 Julai
  • Zetrix Perkenal NurAI - 'Chatbot' Patuh Syariah Pertama Dunia, Mudahkan Soal Jawab Agama
  • JAKIM Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus AI Patuh Syariah Pertama Dunia
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar

Gambar utama: Facebook//HRH Crown Prince of Johor

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY