Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
California Lulus Akta Semakan Umur Dalam Sistem Operasi

California Lulus Akta Semakan Umur Dalam Sistem Operasi

Diterbitkan Mac 3, 2026 · Dikemas kini Mac 3, 2026 oleh ariff bukhari

Kini, bukan di platform media sosial sahaja perlu pengesahan umur. Malah semakan umur juga perlu untuk sistem operasi.

Ia selepas California meluluskan undang-undang Digital Age Assurance Act (AB 1043) yang mewajibkan semua sistem operasi seperti Windows, macOS, iOS, Android dan Linux mengumpul maklumat umur semasa pendaftaran akaun.

Akta baharu ini akan dikuat kuasakan negeri di AS itu bermula 1 Januari 2027.

Undang-undang ini bertujuan memastikan aplikasi menerima isyarat umur pengguna dalam kategori tertentu iaitu bawah 13, 13 hingga 15, 16 dan 17 serta 18 tahun dan ke atas.

Antara kandungan utama di bawah akta ini, pembangun sistem operasi (OS) diwajib menyediakan antara muka yang mudah diakses semasa pendaftaran akaun untuk membolehkan pengguna menyatakan tarikh lahir, umur, atau kedua-duanya, bagi memberi isyarat kategori umur kepada aplikasi dalam gedung aplikasi yang terlibat.

Dengan cara ini, pembangun aplikasi dapat menyesuaikan kandungan mengikut umur pengguna.

Gabenor Gavin Newsom telah menandatangani rang undang-undang ini pada Oktober 2025, namun beliau turut menekankan cabaran teknikal seperti akaun keluarga dan penggunaan berbilang peranti.

Bagi sistem operasi Linux misalnya, pelaksanaan dianggap sukar kerana sifatnya yang terbuka dan diedarkan secara global.

Windows pula sudah mempunyai mekanisme pengumpulan tarikh lahir melalui akaun Microsoft, jadi kesannya lebih kecil.

Pembangun aplikasi yang melanggar peraturan boleh dikenakan denda sehingga USD 7,500 bagi kesalahan disengajakan.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • DNB Tolak Notis TM Untuk Tamatkan Perjanjian Akses Rangkaian 5G
  • Starlink Rancang Lancar Satelit ‘Direct-to-Cell’ Gen-2 Bermula 2027

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM100
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
©2026 WISER.MY