Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
C SEED BUGATTI N1, TV 4K MicroLED Ultra Mewah Boleh Lipat Berharga Sehingga ~RM2.1 Juta

C SEED BUGATTI N1, TV 4K MicroLED Ultra Mewah Boleh Lipat Berharga Sehingga ~RM2.1 Juta

Diterbitkan Ogos 24, 2026 · Dikemas kini Ogos 24, 2026 oleh ariff bukhari

C SEED telah memperkenalkan BUGATTI N1, sebuah televisyen ultra mewah yang menggabungkan rekaan eksklusif, kejuruteraan dan teknologi hiburan termaju menerusi kerjasama khas bersama Bugatti.

Terinspirasi daripada Bugatti Tourbillon serta falsafah rekaan “Art, Forme, Technique”, peranti ini menampilkan permukaan aerodinamik, sentuhan gentian karbon, dan kemasan terperinci.

C SEED BUGATTI N1, TV 4K MicroLED Ultra Mewah Boleh Lipat Berharga Sehingga ~RM2.1 Juta

Apabila tidak digunakan, TV ini boleh dilipat secara automatik namun pada masa yang sama bertukar menjad satui arca seni bina yang memukau sebaik sahaja diaktifkan untuk melengkapi ruang dalaman kediaman moden.

BUGATTI N1 dilengkapi paparan 4K MicroLED dengan sokongan HDR10+, kalibrasi Adaptive Gap Calibration (AGC), dan teknologi MicroLED in Package (MiP).

Gabungan ini menghasilkan kejelasan visual yang tajam, warna yang hidup, serta kecekapan tenaga yang tinggi. 

C SEED BUGATTI N1, TV 4K MicroLED Ultra Mewah Boleh Lipat Berharga Sehingga ~RM2.1 Juta
C SEED BUGATTI N1 boleh dilipat atau skrinnya dibuka sepenuhnya dalam masa 45 saat. Ia merupakan simbol seni bina, kejuruteraan automotif, dan gaya hidup mewah yang direka untuk menaikkan taraf ruang kediaman eksklusif.

Pengalaman menonton disempurnakan lagi dengan sistem Wisdom Audio tersembunyi yang terkeluar secara elegan bagi menghasilkan bunyi sinematik yang mendalam.

TV C SEED BUGATTI N1 tersedia dalam pilihan saiz 110 inci dan 137 inci dengan harga jualannya dianggarkan bermula sekitar RM1.7 juta (varian 110 inci) sehingga mencecah RM2.1 (varian 137 inci).

Berkaitan

  • Bugatti Lancar Jam Tangan Pintar Karbon Pertama Di Dunia - Terhad 2500 Unit, Berharga RM12,259
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Dolby Vision 2 Dilancar, Pengguna TV Hisense Terawal Terima Naik Taraf

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY