Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bugatti Lancar Jam Tangan Pintar Karbon Pertama Di Dunia – Terhad 2500 Unit, Berharga RM12,259

Bugatti Lancar Jam Tangan Pintar Karbon Pertama Di Dunia – Terhad 2500 Unit, Berharga RM12,259

Diterbitkan Oktober 20, 2022 · Dikemas kini Oktober 20, 2022 oleh Amalina Athman

Pembuat kereta Bugatti kini telah melancarkan Bugatti Carbone Limited Edition. Menurut Bugatti, jam tangan pintar ini merupakan yang pertama di dunia menggunakan gentian karbon.

Dinyatakan, tiada bahan lain yang lebih sesuai berbanding karbon. Selain ringan, ia dikatakan mempunyai ketahanan yang lebih baik, yang mana bahan seperti ini digunakan pada monocoque kereta Formula 1, badan pesawat Boeng 787, perisai haba dalam kapal angkasa, atau casis karbon Bugatti Chiron.

Bugatti Lancar Jam Tangan Pintar Karbon Pertama Di Dunia – Terhad 2500 Unit, Berharga RM12,259
Bugatti Lancar Jam Tangan Pintar Karbon Pertama Di Dunia – Terhad 2500 Unit, Berharga RM12,259

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi skrin AMOLED Sapphire Crystal 390×390 dengan diameter 46.9 mm. Mempunyai berat 94 gram (dengan tali jam), kedua-dua housing dan bezel diperbuat sepenuhnya daripada karbon. Sementara itu, bahan penutup belakang pula diperbuat daripada Titanium gred 2.

Bugatti Lancar Jam Tangan Pintar Karbon Pertama Di Dunia – Terhad 2500 Unit, Berharga RM12,259

Untuk jangka hayat bateri, Bugatti Carbone hadir dengan kapasiti 540mAh dengan ketahanan 2 hingga 15 hari, bergantung kepada penggunaan.

Sebagai tambahan, ia dilengkapi dengan sokongan Bluetooth 5.2, sensor 6-axis Accelerometer, Gyroscope, Photoplethysmography (dwi-sensor) serta GPS/Galileo/Glonass.

Bugatti Lancar Jam Tangan Pintar Karbon Pertama Di Dunia – Terhad 2500 Unit, Berharga RM12,259

Antara lainnya, ia mempunyai sokongan kalis air sehingga 100 meter/10ATM. Selain itu, jam tangan pintar ini adalah serasi dengan iOS 13.0 dan terbaharu serta Android 7.0 dan terkini. Bugatti turut menyediakan 5 tahun waranti antarabangsa.

Bugatti Lancar Jam Tangan Pintar Karbon Pertama Di Dunia – Terhad 2500 Unit, Berharga RM12,259

Terhad kepada 2,500 unit, jam tangan Bugatti Carbone Limited Edition ditawarkan pada harga RM12,259. Pra tempah untuk jam tangan pintar ini boleh dibuat melalui laman jualan Bugatti.

Sumber: Bugatti

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY