Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ByteDance Rancang Labur RM10 Bilion, Jadikan Malaysia Hab AI – Menteri

ByteDance Rancang Labur RM10 Bilion, Jadikan Malaysia Hab AI – Menteri

Diterbitkan Jun 7, 2024 oleh Amalina Athman

ByteDance, syarikat induk aplikasi TikTok, merancang untuk melabur dalam kecerdasan buatan (AI) dan menjadikan Malaysia sebagai hab AI di rantau ini dengan cadangan pelaburan kira-kira RM10 bilion.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Microsoft Umum Pelaburan Lebih RM10 Bilion Di Malaysia
  • Google Bakal Labur RM9.4 Bilion, Buka Pusat Data Dan Google Cloud Pertama Di Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata perkara itu dimaklumkan ketika pertemuan dengan Naib Presiden TikTok Helena Lersch di Singapura, hari ini.

Sebagai sebahagian daripada perbincangan itu, ByteDance juga berhasrat untuk mengembangkan kemudahan pusat datanya dengan pelaburan tambahan sebanyak RM1.5 bilion.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata pelaburan tambahan ini akan membantu Malaysia mencapai sasaran untuk mengembangkan ekonomi digital kepada 22.6% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2025.

Bulan lalu, Microsoft juga telah mengumumkan pelaburan $2.2 bilion atau kira-kira RM10.5 bilion untuk infrastruktur awan dan AI di Malaysia, manakala Google merancang pelaburan RM9.4 bilion bagi membangunkan pusat data pertamanya dan wilayah Google Cloud.

Sumber: Tengku Zafrul

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY