Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ByteDance Rancang Bangunkan Model AI Guna Cip Huawei

ByteDance Rancang Bangunkan Model AI Guna Cip Huawei

Diterbitkan Oktober 2, 2024 oleh Rushsyafizal

ByteDance dilaporkan sedang merancang untuk melatih dan membangunkan model AI baharu menggunakan cip dari syarikat China, Huawei, menurut laporan Reuters. Tiga sumber yang tidak dikenali telah berkongsi maklumat ini, manakala sumber keempat hanya mengesahkan bahawa model AI baharu sedang dibangunkan.

Sebelum ini, ByteDance menggunakan cip AI NVIDIA H20, yang direka khusus untuk pasaran China bagi mengelak sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat pada 2022. Namun, tahun ini ByteDance telah memesan 100,000 cip Ascend 910B daripada Huawei, tetapi hanya menerima 30,000 cip setakat ini.

Cip Huawei Ascend 910B dilaporkan lebih unggul berbanding cip NVIDIA A100 dari segi prestasi GPU dan kecekapan kuasa pengkomputeran. Walau bagaimanapun, kekurangan bekalan cip telah melambatkan pembangunan projek model AI ByteDance.

Walaupun berita ini belum disahkan secara rasmi oleh ByteDance, ia mencerminkan usaha China untuk mengurangkan kebergantungan terhadap produk teknologi dari Barat. Peralihan ini adalah sebahagian daripada strategi yang lebih besar oleh banyak syarikat teknologi China untuk beralih kepada cip tempatan dalam menghadapi sekatan perdagangan AS.

Berkaitan

  • PlayStation Network Alami Gangguan, Pemain PS4, PS5 Terjejas
  • Kerajaan Akan Perkenal Dasar Awan Negara Dengan Empat Teras Utama
  • Shimano Rancang Melancarkan Sistem Penukar Gear Basikal Berkuasa AI
  • Pemegang Lesen B2/B1 Kini Boleh Semak Kelayakan, Mohon Program Khas Peralihan Kelas B

Sumber : reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY