Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PlayStation Network Alami Gangguan, Pemain PS4, PS5 Terjejas

PlayStation Network Alami Gangguan, Pemain PS4, PS5 Terjejas

Diterbitkan Oktober 1, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 2, 2024 oleh Rushsyafizal

Kemas kini 2/10/2024: perkhidmatan PSN kembali pulih

Pengguna PlayStation Network kini menghadapi masalah apabila perkhidmatan ini mengalami gangguan di seluruh dunia. Ramai pemain dilaporkan terkeluar dari permainan dan tidak dapat mengakses akaun mereka. Berdasarkan laporan dari Downdetector, isu ini bermula sekitar jam 8.00 pm (ET) pada 30 September 2024.

Setakat ini, Sony Interactive Entertainment belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masalah ini. Namun, halaman status PlayStation Network telah dikemas kini untuk menunjukkan bahawa beberapa perkhidmatan mereka sedang tergendala.

psn service

Pengguna tidak dapat log masuk, mencipta akaun baharu, atau mengubah butiran akaun mereka di platform seperti PS5, PS4, PS Vita, dan PS3. Hal ini juga turut menjejaskan aktiviti di laman web, termasuk penyelenggaraan akaun dan penstriman permainan.

Selain itu, pengguna tidak dapat membeli permainan, menebus baucar, atau memuat turun tajuk yang telah dibeli sebelum ini. Sony menyatakan bahawa mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran mereka.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Tokyo Lancar Aplikasi AI Untuk Cari Jodoh, Tingkatkan Kadar Kelahiran
  • Lagu Hilang Di YouTube Akan Kembali Selepas Persetujuan Dengan SESAC
  • Pencuri Kereta Didapati Kurang Tertarik Dengan EV - Kajian

Sumber : engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY