Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Dilapor Halang ByteDance Guna Cip Nvidia Di Pusat Data

ByteDance Dilapor Rancang Jual Moonton, Syarikat Di Sebalik Mobile Legends

Diterbitkan Februari 16, 2026 ยท Dikemas kini Februari 16, 2026 oleh Amalina Athman

ByteDance sedang mengadakan perbincangan lanjut untuk menjual Moonton, syarikat di sebalik permainan mudah alih popular Mobile Legends: Bang Bang, kepada Savvy Games Group dari Arab Saudi dengan nilai melebihi $6 bilion, lapor Reuters.

Menurut sumber, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan awal mengenai terma utama perjanjian, dan urus niaga itu dijangka diselesaikan seawal suku pertama tahun ini.

Untuk rekod, Moonton ditubuhkan pada 2014 dan dibeli oleh ByteDance pada 2021 melalui unit permainan Nuverse dengan nilai sekitar $4 bilion. Sehingga kini, syarikat itu mempunyai lebih 2,000 pekerja dengan pejabat di Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Amerika Latin dan China.

Sementara itu, Savvy Games Group pula dimiliki oleh Public Investment Fund Arab Saudi. Syarikat ini aktif dalam permainan dan e-sukan serta berkembang melalui pengambilalihan, pelaburan dan kerjasama perniagaan.

Pada 2023, Savvy Games membeli Scopely, pembangun permainan mudah alih di California, dan tahun lalu mengambil alih bahagian permainan Niantic, pembangun Pokemon Go.

Penjualan Moonton dijangka menambah proses penggabungan dalam industri permainan video, di mana beberapa pemain utama berlumba-lumba untuk menguasai hak harta intelek, menambah saluran pengedaran, dan memperluas pasaran global.

Berkaitan

  • Masa Depan Atau Bahaya? AI ByteDance Mampu Tukar Gambar Kepada Video Realistik
  • Mobile Legends Sah Akan Diadaptasi Ke Siri Animasi
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Video AI Ciptaan ByteDance Cetus Fenomena Selepas Perjanjian TikTok Di AS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY