Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mobile Legends

Mobile Legends Sah Akan Diadaptasi Ke Siri Animasi

Diterbitkan Julai 21, 2025 oleh Amsyar Latif

Sejak kebelakangan ini, makin banyak permainan video yang diadaptasi ke drama/filem aksi sebenar atau animasi.

Terbaru, MOONTON Games, penerbit Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), mengumumkan kerjasama strategik dengan The Little Black Book Studios (TLBBS) dan Base Media bagi menghasilkan siri animasi berdasarkan MLBB.

Siri ini akan dibangunkan oleh pasukan VFX dan animasi bertaraf dunia yang pernah terlibat dalam Ne Zha 2 dan projek Marvel/Disney+.

Screenshot 2025-07-21 at 10.20.40 AM

Chris Bremble (Base Media) dan Ross Leo (TLBBS) menyatakan keterujaan mereka membawa dunia MLBB ke skrin animasi, menekankan kualiti produksi bertaraf Hollywood dan potensi jangka panjang projek ini.

Cherry Xia (MOONTON) melihat kerjasama ini sebagai langkah inovatif untuk mengembangkan pengalaman MLBB di luar permainan.

Selain animasi, kerjasama ini akan merangkumi kempen pemasaran besar dan pelancaran barangan rasmi. Butiran lanjut seperti tajuk siri dan platform tayangan akan diumumkan kemudian.

Dengan ini, adakah ia akan berjaya seperti mana siri Arcane yang berasaskan permainan League of Legends di Netflix? Sama-sama kita tunggu.

Berkaitan

  • Siri Netflix Arcane Cukup Berjaya, Tapi Tak Menguntungkan Riot Games
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Rasmi, Siri Aksi Sebenar Assassin's Creed Akan Ditayangkan Di Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY