Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Masa Depan Atau Bahaya? AI ByteDance Mampu Tukar Gambar Kepada Video Realistik

Masa Depan Atau Bahaya? AI ByteDance Mampu Tukar Gambar Kepada Video Realistik

Diterbitkan Februari 7, 2025 · Dikemas kini Februari 7, 2025 oleh ariff bukhari

Penyelidik ByteDance telah membangunkan sistem kecerdasan buatan (AI) dikenali sebagai OmniHuman, yang mampu menukar satu gambar menjadi video realistik di mana individu bercakap, menyanyi, dan bergerak secara semula jadi.

OmniHuman menghasilkan video badan penuh dengan pergerakan yang sepadan dengan ucapan, mengatasi model AI terdahulu yang hanya boleh menganimasikan wajah atau bahagian atas badan sahaja. [lihat di SINI]

photo_2025-02-07 14.46.11
photo_2025-02-07 14.46.13

Sistem ini telah dilatih menggunakan lebih daripada 18,700 jam data video manusia dengan pendekatan unik yang menggabungkan teks, audio, dan pergerakan badan, membolehkan AI itu belajar daripada set data yang lebih besar dan pelbagai.

“Penganimasian manusia secara menyeluruh telah mengalami kemajuan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” tulis penyelidik ByteDance dalam kertas penyelidikan yang diterbitkan di arXiv.

Teknologi ini menunjukkan kemajuan ketara dalam media AI, termasuk menghasilkan video ucapan dan permainan alat muzik.

Malah dalam ujian awalnya, OmniHuman mengatasi sistem sedia ada dalam pelbagai penanda aras kualiti.

Pembangunan ini memberi ByteDance kelebihan dalam persaingan video AI dengan syarikat seperti Google, Meta, dan Microsoft.

Pakar industri percaya teknologi ini boleh merevolusikan penghasilan hiburan, kandungan pendidikan, dan komunikasi digital, tetapi ia juga menimbulkan kebimbangan mengenai penyalahgunaan media sintetik untuk tujuan penipuan.

Penyelidik akan membentangkan kajian ini di persidangan komputer akan datang, namun butiran lanjut belum diumumkan.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • 3 Pemenang Hadiah Nobel Ini Adalah Bapa Bateri Litium-Ion
  • Ini Rupa Awal 'AI Mode' Di Carian Google, Bakal Ubah Cara Kita Cari Maklumat

Sumber: arXiv

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY