Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BYD Buka Muzium Kenderaan Elektrik Pertama Di China

BYD Buka Muzium Kenderaan Elektrik Pertama Di China

Diterbitkan November 5, 2024 · Dikemas kini November 5, 2024 oleh ariff bukhari

BYD telah membuka muzium pertama China yang didedikasikan untuk Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Zhengzhou, Henan.

Muzium BYD itu yang dikenali sebagai “Di Space” mempunyai keluasan 15,000 meter persegi dengan empat tingkat telah pun dibuka secara rasmi pada 24 Oktober 2024 lalu.

Muzium ini bertujuan memperkenalkan budaya automotif elektrik, reka bentuk, dan teknologi hijau kepada pengunjung.

Setiap tingkat menampilkan tema unik: tingkat pertama mengenai budaya jenama dan perkembangan NEV di China, tingkat kedua mengenai seni dan pembuatan NEV, tingkat ketiga mempamerkan teknologi utama seperti Blade Battery (Bateri Bilah) dan sistem DM-i generasi kelima BYD. Manakala tingkat keempat pula menempatkan zon interaktif untuk menarik minat generasi muda.

BYD Buka Muzium Kenderaan Elektrik Pertama Di China
BYD Buka Muzium Kenderaan Elektrik Pertama Di China

Di Space juga memiliki plaza luaran seluas 8,500 meter persegi untuk acara, dan ruang luas 360 meter persegi untuk pelancaran produk dan pameran khas.

Zhengzhou, dengan kilang BYD yang mengeluarkan model-model utama seperti BYD Seal dan BYD Shark yang kini menjadi pusat penting bagi BYD.

Melalui Di Space, BYD memberikan peluang kepada pengunjung untuk mengalami teknologi masa depan pengangkutan secara langsung.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari

Sumber: AutoDrive

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY