Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
butang end call iOS 17

Apple Alih Butang ‘End Call’ Dalam iOS 17, Pengguna Mungkin Akan Keliru

Diterbitkan Ogos 10, 2023 · Dikemas kini Disember 28, 2023 oleh Amalina Athman

Apple nampaknya melakukan satu perubahan kecil, tetapi mungkin besar impaknya bagi sesetengah pengguna. Dalam iOS 17 versi beta, Apple dilaporkan telah mengalihkan posisi butang “End” yang digunakan untuk menamatkan panggilan.

Berkaitan

  • Rasmi, Ini Antara Yang Diumumkan Dalam iOS 17
  • iOS 17 Akan Beri Amaran Jika Anda Guna Telefon Terlalu Dekat
  • iOS 17 Benarkan Anda Kongsi Kata Laluan Dengan Rakan Dan Ahli Keluarga

Dalam iOS 16 ketika ini, butang “End” diletakkan secara berasingan jauh ke bawah. Namun, dengan iOS 17, ia telah dialihkan ke posisi paling kanan bersama butang kawalan panggilan yang lain.

butang tamat panggilan iOS 16
iOS 16
butang tamat panggilan iOS 17
iOS 17

Seperti dikatakan di atas, ya, ia hanya perubahan kecil. Namun, dari segi pengalaman pengguna atau disebut sebagai UX, perubahan ini mungkin agak ketara.

Untuk beberapa ketika, pengguna mungkin akan keliru dan timbul isu tersalah tekan butang “Keypad” atau tercari-cari butang meletakkan panggilan, sebelum membiasakannya.

Memandangkan ini adalah versi beta, terdapat kemungkinan Apple akan mengubahnya semula dalam versi stabil iOS 17. Namun, jika ia kekal sedemikian, Apple mungkin mempunyai penjelasan ketika pelancaran kelak.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljhv75
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljhv87

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY