iOS 17 Benarkan Anda Kongsi Kata Laluan Dengan Rakan Dan Ahli Keluarga

Dalam iOS 17, iPadOS 17 dan macOS Sonoma, pengguna boleh berkongsi kata laluan dengan orang lain melalui iCloud Keychain.

Apabila anda sudah naik taraf ke iOS 17 nanti, ikut langkah di bawah kalau mahu lakukannya.

Anda boleh cipta beberapa kumpulan misalnya keluarga, kawan-kawan dan lain-lain. Jadi, bolehlah anda tetapkan akses atau kata laluan yang mana anda mahu kongsi dengan setiap kumpulan ini.

cara share password ios 17 Kapsyen: Sumber: 9to5Mac


Bukan hanya melihat, tapi mereka juga boleh kongsikan kata laluan mereka danĀ mengubah apa-apa kata laluan yang dikongsi dalam kumpulan ini.

Sebagai pencipta kumpulan, anda berhak menambah dan membuang ahli lain pada bila-bila masa.

cara share password ios 17 Kapsyen: Sumber: 9to5Mac


Selain itu, anda juga boleh pilih untuk Apple maklumkan pada setiap ahli apabila kumpulan ini dicipta melalui Messages.

Katakanlah anda mahu buang satu-satu kata laluan, ia akan dipindahkan ke Recently Deleted (bukan dalam Photos) sebelum terhapus selepas 30 hari.

kongsi kata laluan ios 17 Kapsyen: Sumber: 9to5Mac


Jika anda mahukannya semula, boleh pilih untuk kembalikannya ke dalam kumpulan tadi atau simpanan anda sendiri.

Secara peribadi, saya berpendapat ciri ini menarik dan membantu pengguna terutama melibatkan warga emas. Andai kata mereka terlupa, maka kita boleh semaknya di peranti sendiri melalui tetapan iPhone.

{suggest}

Tempoh hari, saya ada kongsikan tentang ciri baharu yang mana iOS akan beri amaran jika pengguna guna telefon dengan jarak yang terlalu dekat.

Untuk senarai iPhone yang layak menerima iOS 17, baca artikel INI.