Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
screen distance ios 17

iOS 17 Akan Beri Amaran Jika Anda Guna Telefon Terlalu Dekat

Diterbitkan Jun 16, 2023 · Dikemas kini Jun 16, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Ciri Screen Distance pada iOS 17 dan iPadOS 17 akan akan memberi amaran apabila anda menggunakan peranti dengan jarak yang terlalu dekat.

Fungsi ini dapat mengurangkan risiko rabun dekat pada kanak-kanak dan sakit mata, menurut Apple.

screen distance ios 17

Screen Distance ini boleh dihidup dan dimatikan di bawah Screen Time dalam Settings dalam semua iPhone dan iPad yang mempunyai Face ID.

Ia mengukur jarak mata melalui kamera TrueDepth pada panel hadapan iaitu merupakan kamera yang sama digunakan untuk Face ID.

apple iPhone 14 Pro

Apabila ia mengesan jarak mata dan peranti terlalu dekat, keseluruhan skrin akan memaparkan “iPhone is Too Close” agak dijauhkan sedikit peranti daripada anda.

Jarak yang dikira sebagai terlalu dekat ialah 12 inci daripada mata dan jika ia kekal untuk satu-satu tempoh, barulah sistem akan memberi amaran.

iphone malaysia 5g (1)

Anda perlu klik “Continue” selepas menjarakkan peranti.

Antara peranti yang menyokong ciri Screen Distance ialah iPhone XS hinggalah terbaru, iPad 11 inci dan iPad 12.9 inci keluaran 2018 dan ke atas.

Berkaitan

  • iOS 17 Boleh Hasilkan Suara Mirip Pengguna
  • Rasmi, Ini Antara Yang Diumumkan Dalam iOS 17
  • iPadOS 17 - 'Lock Screen' Seperti iPhone, Health Dan Widget Interaktif
  • Ini Senarai Model iPhone Yang Akan Terima Kemas Kini iOS 17
  • iOS 17 Developer Beta Kini Boleh Diuji Secara Percuma

iOS 17 dan iPadOS 17 mungkin tersedia pada bulan September ini, kalau ikut jadual seperti tahun-tahun sebelumnya.

Sumber dan gambar utama: Macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY