Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bukan Setakat Tonton Filem, Main Game Pun Boleh Di Netflix, Ini Caranya

Bukan Setakat Tonton Filem, Main Game Pun Boleh Di Netflix, Ini Caranya

Diterbitkan Mac 15, 2022 oleh Anis Maisarah

Tahukah anda, aplikasi penstriman berbayar popular di dunia, Netflix memberi perkhidmatan permainan dalam talian? Ya, benar. Kini, netflix membolehkan anda semua bermain permainan dalam talian di aplikasi tersebut.

Bagaimanapun, ia masih memerlukan langganan berbayar seperti biasa pada setiap bulan untuk anda menggunakan perkhidmatan mereka. Anda boleh lihat aplikasi Netflix anda sekarang, adakah ia mempunyai ikon ‘games‘ seperti gambar di bawah atau tidak. Jika tidak, anda perlu kemas kini aplikasi Netflix anda di Play Store atau Apple Store.

Bukan Setakat Tonton Filem, Main Game Pun Boleh Di Netflix, Ini Caranya

Semua permainan yang berada dalam netflix adalah percuma dan tidak mengandungi iklan yang mengganggu sepanjang anda bermain. Tapi, kalau anda hendak bermain permainan di Netflix, anda perlu muat turun dahulu permainan tersebut di Play Store atau Apple Store.

Anda boleh pilih permainan yang disukai dan klik Get Game. Seterusnya ia akan terus menghubungkan anda ke Play Store atau Apple Store untuk dimuat turun.

Bukan Setakat Tonton Filem, Main Game Pun Boleh Di Netflix, Ini Caranya

Kemudian, setelah selesai muat turun permainan yang dipilih, anda boleh terus bermain permainan dalam aplikasi Netflix. Sebenarnya Netflix Game ini sudah boleh digunakan sejak Disember 2021, namun tidak semua pengguna yang mengetahui tentang Netflix Game ini.

Dahulu, hanya 10 jenis permainan yang boleh diakses oleh pengguna berbeza dengan sekarang, Netflix Game kini mempunyai lebih banyak daripada angka tersebut.

Sumber : Netflix

Baca juga :

  • Netflix Kekal Pendirian, Tak Mahu Tawar Pelan Macam Disney+
  • Netflix Naikkan Harga Untuk Semua Pelan
  • Ikut Jejak Langkah Yang Lain, Netflix Hentikan Perkhidmatan Di Rusia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY