Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix rusia

Ikut Jejak Langkah Yang Lain, Netflix Hentikan Perkhidmatan Di Rusia

Diterbitkan Mac 7, 2022 oleh Nadiah Ab

Berikutan peperangan di Ukraine yang berpunca dari Rusia, Netflix pula memutuskan untuk menghentikan perkhidmatannya di Rusia.

Bagi Netflix, ini tidak akan memberi kerugian besar oleh kerana pasaran Netflix di Rusia hanya merangkumi peratusan yang agak kecil daripada jumlah keseluruhan pasaran Netflix. Dilaporkan hanya 1 juta pelanggan Netflix di Rusia berbanding sejumlah 222 juta keahlian Netflix dari seluruh dunia.

Perkhidmatan penstriman itu sebelum ini telah menghentikan projek dan pemerolehan di Rusia selepas negara itu mencetuskan konflik dan pencerobohan ke atas Ukraine.

Dalam pada itu juga, Netflix mempunyai empat siri berbahasa Rusia yang masih dalam pembikinan dan pasca pembikinan. Netflix turut mengatakan ia enggan mematuhi peraturan Rusia untuk membawa saluran berita dari negara itu.

Terdahulu, beberapa syarikat gergasi teknologi lain juga telah mula mengambil langkah drastik dengan menarik balik serta menyekat jualan di Rusia. Netflix merupakan salah satu syarikat media terbaharu yang mengambil langkah sama sejak berlakunya peperangan di Ukraine.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Apple Hentikan Semua Jualan Produk Mereka Di Apple Store Rusia
  • Demi Solidariti, EA Akan Buang Semua Kelab Rusia Dalam ‘Game’ FIFA
  • Meta (Facebook), YouTube Dan Tiktok Sekat Akses Kepada Kandungan Dari Rusia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY