Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix spatial audio

Netflix Kekal Pendirian, Tak Mahu Tawar Pelan Macam Disney+

Posted on Mac 10, 2022

Baru-baru ini, Disney+ mengumumkan akan melancarkan beberapa pelan baharu termasuk pelan yang mengandungi iklan dengan harga yang lebih murah. Berbeza dengan Netflix, mereka tidak merancang untuk menawarkan pilihan penstriman yang termasuk iklan.

Ketua Pegawai Kewangan Netflix, Spencer Neumann berkata, “Never say never“, apabila ditanya sama ada syarikat itu akan mengikuti langkah yang sama.

Menurutnya juga, Netflix akan kekal bebas iklan, sambil menambah ia bukanlah sesuatu dalam perancangan mereka buat masa ini.

Beberapa penganalisis dari Wall Street pernah menggesa Netflix untuk membangunkan pelan kos rendah yang mengandungi iklan untuk meningkatkan pendapatan. Ini disebabkan kadar pelanggan baharu syarikat itu mula perlahan, dan saham Netflix jatuh hampir 43% tahun ini.

Bagi Netflix, ini bukanlah satu usaha untuk mereka menentang pengiklanan. Namun, syarikat perkhidmatan penstriman terbesar itu ingin memberi tumpuan kepada perniagaan semasanya untuk pelanggan yang ingin menonton filem dan rancangan TV tanpa iklan.

Netflix juga percaya bahawa model langganan berskala global yang sudah sedia ada sudah sangat baik untuk mereka tidak mengikuti jejak langkah yang lain.

Sumber: Variety, Ubergizmo

Baca juga:

  • Pengguna Astro Ulti Box Dah Boleh Strim Netflix
  • Netflix Naikkan Harga Untuk Semua Pelan
  • Perkongsian Akaun Netflix Lepas Ini Mungkin Lebih Sukar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress