Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Watch 5_Horizontal_Online_RGB

Buat Pertama Kali Xiaomi Atasi Apple, Rampas Takhta Peranti Boleh Pakai

Diterbitkan Mac 2, 2026 · Dikemas kini Mac 2, 2026 oleh ariff bukhari

Menurut laporan terbaru Omdia, pasaran global peranti boleh pakai mencatatkan lebih 200 juta unit telah dihantar sepanjang 2025 lalu, meningkat 6% berbanding tahun sebelumnya.

Menariknya, Xiaomi berjaya merampas kembali kedudukan teratas buat kali pertama sejak 2020 dengan pegangan 18%, diikuti Apple (17%) dan Huawei (16%).

Jurang tipis antara tiga pemain utama ini sekali gus menunjukkan persaingan sengit dalam kategori ini.

Sementara Samsung dan Garmin melengkapkan lima teratas di tempat ke-4 dan ke-5 dengan penguasaan sebanyak 9% dan 5%.

“Pasaran peranti boleh pakai global dipacu oleh Xiaomi” Omdia

Updated Global wearable band market shipment by top vendors 2025

Omdia berkata, strategi pengeluar kini beralih daripada perkakasan semata-mata kepada ekosistem menyeluruh.

“Peranti boleh pakai sedang beralih daripada perlumbaan yang dipacu perkakasan kepada persaingan yang dipacu ekosistem,” Cynthia Chen, Pengurus Penyelidikan Omdia.

Malah trend industri juga menekankan integrasi AI dan perkhidmatan langganan sebagai sumber pendapatan baharu.

Xiaomi kini menekankan kepelbagaian kategori dengan cip dalaman, Apple pula mengekalkan imej premium, manakala Huawei fokus pada sukan profesional dan aplikasi perubatan.

Omdia menjangkakan jam pintar akan menjadi platform utama untuk integrasi AI masa depan.

Namun pertumbuhan sederhana dijangka pada 2026 ini.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Jam Pintar Flagship Pertama Xiaomi, Watch 5 Dilancar Pada Harga RM1,199
  • REDMI Buds 8 Pro Kini Tawar ANC Sehingga 55dB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
©2026 WISER.MY