Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2026-03-01 at 13.26.02

REDMI Buds 8 Pro Kini Tawar ANC Sehingga 55dB

Diterbitkan Mac 1, 2026 · Dikemas kini Mac 1, 2026 oleh ariff bukhari

Xiaomi memperkenalkan REDMI Buds 8 Pro, fon telinga tanpa wayar premium dengan pengalaman audio imersif dan kawalan pintar.

Kini menghasilkan bass yang lebih dalam, vokal lebih jelas dan bunyi yang seimbang, ia turut menyokong Dolby Audio untuk tontonan filem, permainan dan muzik lebih mengujakan.

Malah REDMI Buds 8 Pro turut menawarkan spatial audio dengan mod khusus seperti Music, Video, Game dan Audiobooks, memberikan kesesuaian mengikut senario penggunaan.

Dari segi keselesaan, ia menyokong active noise cancellation sehingga 55dB dengan algoritma adaptif yang menyesuaikan bunyi persekitaran secara masa nyata.

WhatsApp Image 2026-03-01 at 13.28.12

Ia juga dilengkapi ciri sistem mikrofon AI untuk memastikan panggilan lebih jelas, termasuk dalam keadaan berangin.

Untuk baterinya pula, ia mampu tahan sehingga 8 jam penggunaan berterusan atau 33 jam dengan bekas pengecas.

Manakala pengecasan pantas 5 minit memberi 2 jam masa dengar. Dengan reka bentuk kalis debu dan air IP54, REDMI Buds 8 Pro sesuai untuk kerja, perjalanan dan senaman harian.

WhatsApp Image 2026-03-01 at 13.26.02 (1)

REDMI Buds 8 Pro yang tersedia dalam 3 pilihan warna menarik, Glacier Blue, Obsidian Black dan Cloud White dijual pada harga RM269 yang boleh dibeli dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln9n6v
  • Lazada – https://invl.me/cln9n6w

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Jam Pintar Flagship Pertama Xiaomi, Watch 5 Dilancar Pada Harga RM1,199
  • Xiaomi Lancar Siri TV Mini LED 2026, Harga Cecah RM13 Ribu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY