Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
brek basikal brembo

Brembo Masuk Dunia Basikal, Sasar Perlumbaan Dunia

Diterbitkan Jun 19, 2025 · Dikemas kini Jun 19, 2025 oleh ariff bukhari

Brembo, jenama terkemuka dunia dalam sistem brek untuk Formula 1 dan MotoGP, kini melebarkan pasaran mereka dengan memasuki dunia basikal menerusi perlumbaan basikal gunung, Piala Dunia Menuruni Bukit.

Ia merupakan pertama kali Brembo menyertai pertandingan berprestij ini dengan kerjasama pasukan elit Specialized Gravity Team, salah satu nama besar dalam dunia berbasikal antarabangsa.

brek basikal brembo

Permulaan rasmi kerjasama ini akan berlangsung di Val di Sole, Itali, pada 20 hingga 22 Jun 2025, sebahagian daripada kalendar Siri Dunia UCI MTB.

Menariknya, pada hujung minggu yang sama, basikal pasukan Specialized akan dipamerkan secara langsung di paddock MotoGP Itali di Mugello, sekali gus membolehkan peminat melihat sendiri teknologi brek terkini Brembo ini.

“Kami percaya perlumbaan adalah medan terbaik untuk menguji inovasi, dan Brembo adalah rakan strategik yang tepat. Kerjasama ini bukan sahaja menyokong atlet kami, malah membentuk masa depan sukan ini.” Ketua Pegawai Eksekutif Specialized, Armin Landgraf.

2025.06.17 Brembo Launch X Specialized Gravity V3 (Credtis- @billy_lebelge)-50

Sistem brek terbaru Brembo untuk pasukan Specialized ini merangkumi :

  • silinder utama brek (brake master cylinder) dengan diameter terapung 9 mm dan tiga tetapan laras untuk menyesuaikan rasa brek,
  • angkup brek empat omboh berdiameter 18 mm untuk kuasa cengkaman maksimum.
  • hos keluli berjalin yang memastikan kawalan konsisten.
  • cakera brek dengan permukaan diperbesarkan untuk penyejukan optimum semasa penggunaan ekstrem.

brek basikal brembo

Selain Brembo, Öhlins, jenama suspensi berprestasi tinggi dari Sweden yang kini menjadi sebahagian daripada Kumpulan Brembo sejak awal 2025, turut memainkan peranan penting dalam projek ini.

Öhlins telah bekerjasama dengan Specialized sejak 2013 dalam siri perlumbaan UCI dan Kejohanan Dunia.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Toyota Tampil Dengan Kereta Lumba Hidrogen Cecair Pertama Di Le Mans
  • AI Tak Ganti Semua Pekerja, Tapi Kemahiran Lama Mungkin Tak Guna Lagi

Sumber: Brembo Corporate

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY