Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

AI Tak Ganti Semua Pekerja, Tapi Kemahiran Lama Mungkin Tak Guna Lagi

Posted on Jun 16, 2025

Ramalan bahawa AI akan menyebabkan pengangguran besar-besaran dalam masa terdekat dianggap keterlaluan, menurut ManpowerGroup, salah satu syarikat perekrutan terbesar dunia. Namun, mereka menjangka permintaan terhadap kemahiran pekerja akan berubah ketara apabila teknologi AI semakin matang.

Di pameran Vivatech di Paris, Ketua Inovasi ManpowerGroup, Tomas Chamorro-Premuzic, menyatakan bahawa walaupun ada startup cuba menggantikan manusia dengan agen AI autonomi, kebanyakan ramalan ekstrem seperti itu jarang menjadi kenyataan.

Laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mendapati hanya sebahagian kecil pekerjaan kini benar-benar berisiko tinggi untuk digantikan sepenuhnya oleh AI, tetapi peningkatan pesat keupayaan model AI, terutamanya yang boleh bertindak secara autonomi, menimbulkan cabaran baharu.

Chamorro-Premuzic menekankan bahawa AI mampu menjimatkan masa kerja, namun keberkesanan bergantung kepada bagaimana masa itu digunakan semula. Sama ada untuk kreativiti atau sekadar terbuang.

ILO turut menyebut bahawa penggunaan AI boleh membawa kepada kerja yang lebih kreatif, tetapi juga berpotensi mengurangkan autonomi pekerja melalui penyeragaman tugas.

Dalam tinjauan ManpowerGroup terhadap lebih 40,000 majikan di 42 negara, kemahiran seperti etika, khidmat pelanggan, pengurusan pasukan dan pemikiran strategik dikenal pasti sebagai kebolehan yang sukar diganti oleh AI.

Namun, pelaburan dalam latihan dan perubahan budaya organisasi masih belum seiring dengan perkembangan AI. Chamorro-Premuzic menegaskan bahawa pelaburan dalam teknologi harus disertai dengan pelaburan besar dalam sumber manusia.

Sementara itu, penggunaan AI dalam dunia perekrutan semakin meluas, dengan calon pekerjaan dan perekrut sama-sama menggunakan AI. Bermula daripada penciptaan CV, permohonan kerja automatik hinggalah ke ujian temu duga.

Dalam tinjauan oleh TestGorilla, walaupun hanya 17% pemohon mengaku menipu dalam ujian, hampir dua pertiga majikan kini menggunakan AI untuk menjana deskripsi kerja dan menapis calon.

Chamorro-Premuzic meramalkan bahawa fokus masa depan dalam pengambilan pekerja bukan hanya kepada kemahiran semasa, tetapi pada potensi calon, seperti sifat ingin tahu, etika kerja, dan kemahiran interpersonal di mana yang sebahagiannya boleh dinilai dengan bantuan AI.

{suggest}

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress