Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BNM Lancar Kempen e-Duit, Sasar Tingkatkan Penggunaan e-Pembayaran

BNM Lancar Kempen e-Duit, Sasar Tingkatkan Penggunaan e-Pembayaran

Diterbitkan Oktober 29, 2022 oleh Amalina Athman

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini telah melancarkan kempen e-Duit dengan slogan “Selamat, Senang, Segera”.

Berkaitan

  • Cara Matikan PayDirect Touch 'n Go Agar Baki eWallet Tidak Ditolak Di Plaza Tol
  • ShopeePay Kini Sokong DuitNow, Pemindahan Wang Masuk Ke Akaun Bank Serta-Merta
  • Guna Cara Ini Untuk Tahu Serta-Merta Bila Kad TNG NFC 'Ready Stock' Di Lazada

Menurut BNM, e-Duit merupakan kempen kesedaran yang bertujuan menggalakkan lebih banyak rakyat Malaysia menggunakan e-pembayaran dengan cara yang selamat. Kempen ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan kesedaran orang ramai serta membina keyakinan pengguna terhadap penggunaan e-pembayaran dan seterusnya menyokong usaha pendigitalan dalam ekonomi Malaysia.

eduit_logo (1)

Dimaklumkan, e-Duit bukanlah instrumen pembayaran baharu yang diperkenalkan untuk transaksi pembayaran. Sebaliknya, ia merupakan sebuah kempen untuk menggalakkan penggunaan e-pembayaran, yang merangkumi semua perkhidmatan e-pembayaran di Malaysia, termasuk kad pembayaran, e-dompet serta perbankan Internet dan mudah alih.

Menerusi kempen e-Duit dan inisiatif lain oleh industri, BNM menyasarkan untuk meningkatkan bilangan transaksi e-pembayaran sebanyak sekurang-kurangnya 15% setiap tahun untuk mencapai lebih 400 transaksi e-pembayaran per kapita menjelang tahun 2026.

Sumber: BNM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY