Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bnm syiling kl

BNM Keluarkan Duit Syiling RM1 Dan RM10 Sempena Jubli Emas Kuala Lumpur

Diterbitkan November 14, 2022 · Dikemas kini November 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Bandar Raya Kuala Lumpur yang ke-50 atau KL50.

Dua jenis nilai syiling tersedia ialah RM1 dan RM10. Namun, orang awam boleh dapatkan set 2 dalam 1 juga di mana ia menyertakan kedua-dua syiling RM1 dan RM10 selain dijual berasingan.

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Ke-50 Bandar Raya Kuala Lumpur – B

Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf)

Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan akan dijual pada harga RM275 sekeping. Sebanyak 1,000 keping telah ditempa.

Ia diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5 dan seberat 31 gram.

Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)

Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual pada harga RM16.50 sekeping. Sejumlah 5,000 keping telah ditempa.

Emas Nordic bukanlah emas sebenar sebaliknya diperbuat daripada beberapa jenis logam seperti tembaga.

syiling kl50 1

Reka bentuk

Gambar di bawah ialah rekaan bagi bahagian hadapannya memaparkan pengangkutan moden berasama muka jam Bangunan Sultan Abdul Samad. Ia melambangkan peredaran zaman dialami KL.

syiling kl50 belakang

Gambar di bawah pula ialah rekaan bagi bahagian belakangnya yang mengandungi logo rasmi KL50, elemen daripada Taman Tasik Perdana dan Istana Negara.

syiling kl50 depan

Cara tempah syiling khas KL50

Mulai hari ini hingga 11PM pada 27 November kelak, anda boleh layari  duit.bnm.gov.my dan daftar akaun di sana untuk membeli syiling KL50 ini.

Pastikan anda hanya buat tempahan menerusi sistem dalam talian BNM sahaja dan bukannya melalui mana-mana pihak lain.

panduan syiling kl50

 

Setiap individu hanya boleh membeli satu Set 2 dalam 1, satu keping duit syiling perak sterling berwarna (pruf) dan tidak lebih daripada 5 keping duit syiling emas Nordic (B.U.).

Keputusan tempahan yang berjaya akan diumumkan pada 5 Disember 2022. Keputusan tempahan boleh disemak dengan log masuk semula di laman web sama iaitu duit.bnm.gov.my.

Bagi tempahan yang tidak berjaya, pembayaran balik akan dilakukan dalam sekitar 14 hari selepas keputusan diumumkan.

Berkaitan

  • BNM Khuatir 'Buy Now Pay Later' Pengaruhi Pengguna Berbelanja Melebihi Kemampuan
  • BNM Masukkan OctaFX Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan
  • BNM Lelong Duit Kertas Dengan Nombor Siri Khas Secara 'Online'
  • OctaFX Jawab Isu Berkaitan Senarai BNM Dan Dikatakan Haram Di Sisi Agama
  • Kongsi Kata Laluan Akaun Bank Dengan Kawan Rapat Tingkat Risiko Penipuan, Termasuk Diperalat - BNM

Sumber: BNM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY