Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
duit kertas ringgit rm (2)

BNM Lelong Duit Kertas Dengan Nombor Siri Khas Secara ‘Online’

Diterbitkan September 12, 2022 · Dikemas kini September 12, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Mulai 5 September hingga 24 September 2022, Bank Negara Malaysia akan mengadakan lelongan wang kertas Ringgit dengan nombor siri khas secara dalam talian.

Lelongan ini dikendalikan oleh jurulelong yang dilantik oleh BNM, iaitu MNP Auctioneers (Central) Sdn. Bhd. (MNP) dan bidaan boleh dibuat melalui pautan ini.

contoh duit lelong bnm

Untuk bidaan dalam talian, ia sudah bermula 5 September lalu manakala lelongan secara langsung akan berjalan pada 11 pagi, 24 September ini.

Untuk menyertainya, anda boleh ke laman web best2bid dengan klik di SINI.

BNM Lelong Duit Kertas Dengan Nombor Siri Khas Secara ‘Online’

Wang kertas Ringgit dengan nombor siri khas akan dilelong, seperti set 10 wang kertas terawal (cth. LL0000001-0000010) dan nombor “super solid” dengan awalan berulang (cth. LL8888888).

Selain itu, anda juga boleh memuat turun aplikasi MNP Auctioneers di App Store dan Play Store untuk menyertai lelongan ini.contoh duit lelong bnm rm100

contoh duit lelong bnm rm50

Ini bukanlah kali pertama lelongan wang kertas bernombor siri khas dilaksanakan BNM bahkan tahun ini adalah kali ke-14.

Tahun lalu, BNM memperoleh RM2.7 juta daripada acara sama (kali ke-13), menurut Awani.

Pendaftaran dan bidaan dalam talian juga boleh dilakukan melalui www.best2bid.com.

Maklumat lanjut mengenai lelongan boleh didapati melalui laman sesawang MNP iaitu www.mnp.com.my atau talian khidmat pelanggan MNP melalui 017-400 6661.

Sumber: BNM

Berkaitan

  • BNM Khuatir 'Buy Now Pay Later' Pengaruhi Pengguna Berbelanja Melebihi Kemampuan
  • Bank Islam Akan Rasmikan Aplikasi Bank Digital Mereka, Be U Tapi Sudah Boleh Dimuat Turun
  • Insiden Pencerobohan Data iPay88 Tidak Libatkan Kelemahan Sistem Institusi Perbankan - BNM
  • BNM: Jangan Padam Mesej Yang Dihantar Oleh 'Scammer'
  • CIMB: Jangan Kongsi Butiran Akaun Bank
  • Cara Semak Berapa Banyak Anda Sudah Habiskan Di Shopee Selama Ini
  • Cara Ketahui Harga Sebenar Produk Di Shopee Dan Lazada Sebelum "Diskaun"
  • BNM Masukkan OctaFX Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY