Sekitar dua minggu lalu, Bank Negara Malaysia telah bertindak memasukkan OctaFX ke dalam Senarai Amaran Kewangan Pengguna. Klik SINI untuk baca berita penuh.
Sehubungan itu, ramai netizen meluahkan buah fikiran dan perasaan mereka tentang platform forex itu terutamanya tentang selebriti yang mempromosinya.
Dalam sebuah video lama bertarikh 2 Ogos namun tersiar pada susur masa saya sebagai iklan tadi, OctaFX menjawab komen-komen baharu pengguna menyentuh tindakan BNM memasukkan broker forex itu ke dalam senarai amaran atau turut dikenali sebagai Financial Consumer Alert (FCA).
Berikut salah satu jawapan OctaFX terhadap komen netizen pada video tersebut berkaitan tindakan Bank Negara;
Ingin kami jelaskan bahawa OctaFX adalah broker Forex antarabangsa. Disebabkan itu, kami tidak berada di bawah bank negara dan kami juga tidak berdaftar dengan mana-mana organisasi tempatan. OctaFX dikawal selia oleh undang-undang antarabangsa dan kami mengikuti Perjanjian Pelanggan dan Polisi AML dengan ketat bagi memastikan keselamatan dana pelanggan kami.
Pada komen yang lain, syarikat itu menjelaskan lagi bahawa lazimnya peraturan tempatan akan mengehadkan aktiviti mereka selaku broker antarabangsa lantas membataskan mereka memberi perkhidmatan pada pelanggan.
“Oleh itu, kami berpandukan peraturan antarabangsa bagi mengekalkan kelebihan dangan yang lebih menguntungkan di samping keselamatan pada platform kami,” jelas OctaFX.
Dikatakan haram dari sudut agama pula, OctaFX berkata mereka tidak beroperasi atas mana-mana agama dan ia adalah pilihan individu jika mereka mahu menggunakan perkhidmatan syarikat itu.
Sebenarnya, Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada tahun 2020 sudah menyenaraikan OctaFX dalam Investor Alert List.
Soal persepsi pengguna pula, kami ada sediakan artikel di SINI yang mana para pengguna media sosial meluahkan rasa yang sama iaitu terganggu dengan kewujudan iklan platform itu di media-media sosial terutama YouTube.
{suggest}
Sumber: OctaFX