Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bnpl bank negara malaysia 1

BNM Khuatir ‘Buy Now Pay Later’ Pengaruhi Pengguna Berbelanja Melebihi Kemampuan

Diterbitkan Julai 7, 2022 · Dikemas kini Julai 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Beberapa hari lalu, salah satu skim buy now, pay later (BNPL) atau beli dulu bayar kemudian iaitu Shopee memberitahu SPayLater mereka kini patuh syariah.

Sektor BNPL ini dijangka mengumpulkan transaksi lebih RM2 bilion tahun ini saja, didorong oleh faktor pandemik.

Menurut laporan tahunan BNM tahun 2021, perkhidmatan ini tidak tertakluk pada di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) atau mana-mana agensi.

Mac lalu, BNM telah mula berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Sekuriti untuk menggubal Akta Kredit Pengguna bagi untuk mengukuhkan pengaturan kawal selia bagi aktiviti kredit pengguna termasuk BNPL.

BNM memberitahu MalayMail beberapa hari lalu, “Walaupun skim BNPL biasanya benarkan pelanggan membuat pembayaran untuk pembelian secara ansuran dengan sifar faedah, pengguna perlu sedar bahawa mungkin terdapat caj lain yang dikenakan (contohnya yuran pemprosesan dan yuran pembayaran lewat).”

Ini sememangnya kelaziman oleh penyedia BNPL contohnya dalam SPayLater oleh ShopeePay yang meletakkan caj lewat bayar 1.5% sebelum patuh syariah. Ini belum lagi termasuk 1.25% caj bulanan.

BNM juga mengakui ada penyedia BNPL yang mengenakan caj keseluruhan yang lebih tinggi daripada pemberi pinjaman tradisional seperti kad kredit.

Setakat ini, sekitar 8 penyedia perkhidmatan buy now, pay later (BNPL) atau beli dulu bayar kemudian yang disediakan di Malaysia.

  • Split
  • Atome
  • myIOU
  • Hoolah
  • PAYLATER
  • FavePay Later
  • PayLater oleh Grab
  • SpayLater oleh Shopee

Jumlah ini mungkin akan bertambah kelak dengan pemberi pinjam tradisional juga berminat menyertai arena ini.

Justeru, sebuah badan dinamakan Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna atau Consumer Credit Oversight Board (CCOB) turut sama akan ditubuhkan.

Ia akan menjadi badan tunggal untuk kesemua aktiviti kredit pengguna termasuklah skim BNPL.

Dengan ledakan skim BNPL, BNM menasihatkan pengguna lebih berhati-hati dalam menggunakan perkhidmatan bayar dulu bayar kemudian ini dan memberi perhatian lebih pada syarat dan termanya. Terutamanya bahagian struktur caj dan pembayaran.

Sumber: MalayMail, The Edge Markets, imoney

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY