Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bnm octafx

BNM Masukkan OctaFX Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

Diterbitkan Ogos 30, 2022 · Dikemas kini Ogos 30, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Bank Negara Malaysia (BNM) semalam, pada 29 Ogos 2022 telah memasukkan OctaFX ke dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan.

Ini bermakna OctaFX tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Oleh itu, anda perlulah berjaga-jaga dengan apa-apa yang berkait dengan nama syarikat ini yang sering keluar melalui iklan di YouTube dan menampilkan selebriti serta pempengaruh tempatan.

octafx bnm

Bukan itu sahaja, BNM juga menyertakan semua pautan laman web dan media sosial OctaFX.

Jelas bank pusat itu, sesebuah syarikat akan dimasukkan ke dalam senarai ini jika ia disalah anggap atau kelihatan sebagai entiti atau skim berlesen atau dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Apakah itu Senarai Amaran Pengguna Kewangan?

Anda boleh merujuknya sebagai salah satu cara untuk menyemak sama ada sesebuah entiti atau skim itu telah dikenal pasti tidak mendapat kebenaran daripada BNM untuk menawarkan produk atau perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh BNM.

octafx bank negara malaysia

Ia turut dikenali sebagai Financial Consumer Alert (FCA) dan sentiasa dikemas kini untuk rujukan orang awam.

Berkaitan

  • BNM Khuatir 'Buy Now Pay Later' Pengaruhi Pengguna Berbelanja Melebihi Kemampuan
  • Insiden Pencerobohan Data iPay88 Tidak Libatkan Kelemahan Sistem Institusi Perbankan - BNM
  • BNM: Jangan Padam Mesej Yang Dihantar Oleh 'Scammer'
  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Bersedia, Ini Petua Beli Kad NFC Di TNG eWallet Dengan Jayanya
  • Ini Cara Semak Jika Ada Akses Telefon Lain Pada Akaun CIMB Clicks
  • Cara Semak Berapa Banyak Anda Sudah Habiskan Di Shopee Selama Ini
  • Ramai Tak Sedar, Ini Benda Wajib Anda Buat Sejurus Memiliki Kad TNG
  • Cara Ketahui Harga Sebenar Produk Di Shopee Dan Lazada Sebelum "Diskaun"

Walau bagaimanapun, jika selepas itu nama entiti atau skim tersebut tiada atau dikeluarkan daripada senarai FCA tersebut, hal ini tidak seharusnya ditafsirkan sebagai pengesahan bahawa entiti atau skim berkenaan telah diberi lesen atau berada di bawah kawal selia BNM.

Untuk senarai penuh semua syarikat yang berada dalam FCA ini, sila ke laman web BNM.

Sumber: BNM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY