Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Airwallex Kini Beroperasi Penuh Dengan Lesen BNM

Airwallex Kini Beroperasi Penuh Dengan Lesen BNM

Diterbitkan April 2, 2026 ยท Dikemas kini April 2, 2026 oleh Iskandar Afiq Shaharuddin

Airwallex, sebuah platform kewangan dan pembayaran global terkemuka, kini telah memperoleh lesen e-wang dan lesen Kelas A daripada Bank Negara Malaysia (BNM), yang membolehkan syarikat tersebut beroperasi sepenuhnya dalam Malaysia.

Dengan perolehan lesen-lesen ini, Airwallex kini dapat menyediakan perkhidmatan kewangan hujung ke hujung (full-stack), termasuk pembayaran, akaun berbilang mata wang dan pertukaran asing dalam satu platform tunggal.

Kelulusan ini dibina berdasarkan lesen Perniagaan Perkhidmatan Wang Kelas B Airwallex yang sedia ada, serta status Pemeroleh Peniaga Berdaftar (Registered Merchant Acquirer), dan ini menunjukkan peningkatan kepercayaan dan sokongan daripada bank pusat Malaysia.

Secara keseluruhan, kelulusan ini menandakan peralihan daripada akses produk terpilih kepada penawaran hujung ke hujung (full-stack) untuk syarikat-syarikat Malaysia.

Airwallex juga telah memproses lebih RM2 bilion transaksi kiriman wang di Malaysia pada 2025. Seiring itu, Airwallex terus melabur ke dalam kehadiran tempatannya, dengan meningkatkan tenaga kerjanya sebanyak 66% pada 2025 dan merancang untuk mengembangkannya pada 2026.

Kedinamikan ekonomi dan kemajuan digital di Malaysia menjadikan negara ini sebagai salah satu pasaran strategik bagi Airwallex, dengan jangkaan ekonomi digital Malaysia menyumbang 30% kepada KDNK menjelang 2030.

Perniagaan Malaysia semakin beroperasi merentas sempadan, sekali gus mengukuhkan keperluan terhadap infrastruktur kewangan berbilang mata wang yang lancar.

Berkaitan

  • MCMC: Risiko Keselamatan Dikesan, Pengguna Apple Disaran Kemas Kini iOS Segera
  • Pendapatan Iklan Melalui TV Tradisional Dijangka Merosot - Kajian
  • BNM Denda Bank Rakyat RM1 Juta Susulan Insiden Keselamatan Siber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY