Black Shark FunCooler Pro direka sesuai bagi peranti dengan lebar di antara 67 sehingga 88mm dan didatangkan dengan kuasa penyejukan kipas yang boleh mencapai 9W. Menurut Black Shark, aksesori ini boleh menyejukkan peranti sehingga 14 darjah Celsius dalam masa seminit.
Selain itu, aksesori ini hadir dengan tujuh bilah kipas yang mempunyai kelajuan putaran sehingga 6200 rpm dan pengurangan hingar dengan hanya mencapai 34dB semasa ia berfungsi. Untuk mengaktifkan FunCooler Pro ini, hanya perlu klip di bahagian belakang peranti, sambungkan pengecasan melalui kabel USB dan aktifkan kipas penyejuk ini melalui butang yang disediakan.
Dalam pada itu, Black Shark turut memperkenalkan aplikasi kawalan pintar untuk menyokong keupayaan FunCooler Pro pada peranti iOS dan Android. Aplikasi ini terbahagi kepada dua mod untuk menyejukkan peranti, iaitu mod Freeze dan mod Blizzard.
Bagi anda yang ingin mendapatkan FunCooler Pro, aksesori ini akan mula dijual secara eksklusif di Shopee bermula 24 Mac pada tanda harga RM199. Sempena 4.4 Shopee Brands Festival yang berlangsung sehingga 4 April, Black Shark turut menawarkan penjimatan sehingga RM155.
Untuk maklumat lanjut, klik pada pautan ini.
Berkaitan
- Honor Magic 6 Pro Dilancarkan - Cip SD 8 Gen 3, Kamera Periskop 180MP
- OnePlus 8 Pro Akan Hadir Dengan Sokongan Kalis Air IP68
- POCO X6, X6 Pro Dan M6 Pro Kini Rasmi, Harga Bermula RM999
- Amazfit T-Rex Pro Kini Dilancarkan, Berharga RM659
- realme GT5 Pro Akan Dilancar Pada 7 Disember Depan
- Kabel Thunderbolt 3 Pro Dari Apple Kini Rasmi Dijual Pada Harga RM649
- iPhone 16 Dan 16 Plus Sekali Lagi Dikatakan Akan 'Skip' A17 Pro
- Pengeluaran iPhone 11 Pro Dan Pro Max Dihentikan, iPhone 11 Kini Dijual Pada Harga Bermula RM2899
- Poco M2 Pro Akan Diperkenal Pada 7 Julai Ini
- Motorola X30 Pro Kini Rasmi, Telefon Pertama Dengan Sensor Kamera 200MP