Black Shark 3 Dilancarkan - Peranti Gaming Berkuasa Dengan Latensi Paling Rendah 24ms

Musim peranti gaming telah pun bermula dan jenama pertama yang memulakan trend itu untuk tahun ini adalah Black Shark. Mereka hari ini baru sahaja mengumumkan model terbaharu iaitu siri Black Shark 3 menggantikan model sebelumnya Black Shark 2 Pro.

Black Shark 3 and 3 Pro debut with 90Hz OLEDs and magnetic charging

Terdapat 2 model yang terdapat dalam siri ini iaitu Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro. Ia dibezakan dengan teknologi skrin, kehadiran butang fizikal, kapasiti bateri, dan varian storan dalaman.

Black Shark 3


Skrin peranti mempunyai saiz 6.67 inci FHD+ OLED dengan panel 90Hz. Apa yang menakjubkan dengan skrin kedua-dua model adalah ia dimuatkan dengan kadar segar input 270Hz, yang tertinggi dalam industri peranti pintar setakat ini.

Cip dijana oleh Snapdragon 865 serta turut menyokong 5G. Terdapat 3 pilihan memori iaitu 8GB/128GB, 12GB/128GB, dan 12GB/256GB.

Untuk kamera belakang, ia dilengkapi dengan 3 lensa iaitu 64MP (f/1.8) utama + 13MP ultralebar + 5MP depth. Kamera swafoto pula dimuatkan pada bezel peranti menggunakan sensor 20MP.



Baterinya berkapasiti 4,720mAh dan menyokong pengecasan super pantas 65W. Black Shark 3 dijual di China bermula harga 3,499 yuan (~RM2,101). Ia boleh didapati dalam 4 variasi warna - Faerie Pink, Midnight Black, Knight Grey, dan Frozen Silver.

Black Shark 3 Pro


Black Shark 3 Pro merupakan varian yang lebih berkuasa dengan spesifikasi dipertingkatkan. Ia menggunakan skrin lebih besar QHD+ OLED bersaiz 7.1 inci yang juga panel 90Hz.

Versi memori sedikit berbeza. Ia mempunyai 2 pilihan iaitu 8GB/256GB dan 12GB/256GB. Untuk varian Pro, terdapat butang fizikal Master Buttons yang boleh ditekan. Menurut Black Shark, butang ini mampu bertahan sehingga 300, 000 kali tekan.

Black Shark 3 and 3 Pro debut with 90Hz OLEDs and magnetic charging

Spesifikasi kamera adalah sama dengan yang terdapat pada Black Shark 3 biasa. Dengan saiz peranti yang lebih besar, Xiaomi memuatkan kapasiti bateri yang lebih besar 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 65W sama dan mampu memenuhkan bateri dari kosong sehingga 100% dalam masa 38 minit sahaja.



Harga jualan Black Shark 3 Pro pula bermula dari 4,699 yuan (~RM2,822) untuk model asas dalam 2 pilihan warna iaitu Knight Grey dan Blasting Black.

Spesifikasi lain


Dari segi rekaan, kedua-dua model tidak mempunyai takuk atau lubang untuk kamera hadapan. Peranti juga telah dinaiktaraf teknologi penyejukannya. Menariknya, tidak seperti Black Shark 2 dan 2 Pro, siri kali ini mengembalikan semula bicu audio 3.5mm.

Selain itu, peranti turut menyokong pembesar suara stereo, pengecasan jenis USB Type-C, storan pantas UFS 3.0, dan juga RAM LPDDR5.



Walaupun peranti hanya menyokong sehingga 90Hz sahaja, ia didatangkan dengan cip MEMC khas untuk memainkan kandungan biasa ke 90fps untuk tontonan lebih lancar.

Black Shark mendakwa input sentuhan skrin adalah serendah 24ms. Berbanding dengan ASUS ROG Phone 2 sebelum ini, ia jauh lebih rendah kerana ROG Phone 2 hanya pada 49ms sahaja. Semestinya jika pengguna mengutamakan input sentuhan untuk reaksi pantas ketika bermain, siri Black Shark 3 ini pasti tidak mengecewakan.

Black Shark 3 and 3 Pro debut with 90Hz OLEDs and magnetic charging

Terdapat juga port cas magnetik di bahagian belakang. Walau bagaimanapun ia hanya mengecas setakat 18W sahaja. Namun, ia pasti sangat berguna terutamanya pengguna tidak mahukan wayar yang mengacau gerakan jari jika mengecas menggunakan USB-C biasa.

Sumber: Black Shark 

Berkaitan