Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LIFE short film

Berbekalkan 2 iPhone Dan RM1,000, ”LIFE” Raih Pengiktirafan Antarabangsa

Diterbitkan Februari 25, 2026 · Dikemas kini Mac 1, 2026 oleh ariff bukhari

Filem pendek senyap Malaysia berjudul LIFE – Living In Fear Everyday telah mencipta kejutan di pentas antarabangsa.

Dihasilkan oleh pengarah muda Justin Franz dari Ipoh bersama pengarah fotografi Suran Hassan, karya ini membuktikan bahawa semangat dan kreativiti mampu mengatasi segala kekangan.

Justin Franz, pengarah filem pendek LIFE.
Justin Franz, pengarah filem pendek LIFE.

Dengan hanya menggunakan dua model iPhone (12 Pro dan 14 Pro Max), peralatan ringkas lain, bajet kurang daripada RM1,000 dan dirakam sepenuhnya di Malaysia, duo ini berjaya menghasilkan sebuah karya yang menyentuh hati penonton di seluruh dunia.

Walaupun berdepan penolakan dana dan skeptisisme terhadap genre filem senyap di Malaysia, Franz dan Hassan tetap berani meneruskan kreativiti mereka.

Ditambah lagi dorongan daripada tokoh industri seperti Dato’ Kamil Othman, memberikan lagi semangat untuk mereka meneruskan projek ini secara bebas.

Hasilnya, usaha mereka terbalas apabila LIFE berjaya menembusi festival antarabangsa, meraih anugerah di Thailand dan India, serta mendapat pengiktirafan di UK, US dan Kanada.

White Mystery Movie Poster (1)
LIFE_6 laurel poster
YB Fahmi Fadzil share
LIFE turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil.

Setakat ini, LIFE sudah meraih beberapa anugerah dan pengiktirafan antarabangsa termasuklah:

  • Lift-Off First Time Filmmakers Session, UK – Pemilihan Rasmi
  • Festival Filem Antarabangsa NanoCon/Northwest, AS – Calon Filem Pendek Antarabangsa Terbaik
  • Festival Filem Antarabangsa Asia Tenggara, Thailand – Pemenang Anugerah, Filem Pendek Dramatik Terbaik & Pemenang Anugerah, Persembahan Cemerlang dalam Filem Pendek (Max Gauduchon)
  • Festival Filem Antarabangsa Golden Lion, India – Pemenang Anugerah, Pembuat Filem Sulung Terbaik (Justin Franz)
  • Festival Filem Global Toronto, Kanada – Pemilihan Rasmi
DOP Suran Hassan
Suran Hassan, pengarah fotografi LIFE.

Keunikan LIFE terletak pada keberaniannya menyingkirkan dialog, sebaliknya mengangkat emosi, visual dan suasana sebagai bahasa utama.

Kisahnya pula diinspirasikan daripada pengalaman peribadi Franz sendiri yang membuka mata tentang erti empati dan kemanusiaan.

Sekali gus mengingatkan bahawa setiap kehidupan mempunyai nilai, dan tiada satu pun yang harus dipandang rendah.

Screenshot 2025-07-01 041617
LIFE menampilkan pelakon baharu seperti Elli Famira, Ken Thayalan, Aairenee Zarina, serta Max Gauduchon, membukti bahawa bakat tempatan mampu bersinar di peringkat global.
Screenshot 2025-07-01 043245

Kini, Franz merancang untuk mengembangkan LIFE ke bentuk filem panjang atau siri senyap terhad, dengan impian menembusi festival berprestij seperti Cannes, Sundance dan juga Oscar.

Malah ekoran kejayaan LIFE, nama Franz kini mula mendapat perhatian dengan perancangannya menghasilkan karya keduanya berjudul LEDGE di mana kali ini karya akan datangnya disokong oleh sebuah studio produksi.

Berkaitan

  • Filem F1 Guna Kamera Berasaskan iPhone 15 Pro
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • ''Sandiwara” Lakonan Tan Sri Michelle Yeoh Dirakam Sepenuhnya Guna iPhone Di Pulau Pinang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM100
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
©2026 WISER.MY