Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
image001 (1)

Edisi Khas ASUS Republic of Gamers x Kojima Productions Kini Dibuka Untuk Pra-Tempahan

Diterbitkan Februari 24, 2026 · Dikemas kini Februari 24, 2026 oleh ariff bukhari

ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia hari ini  mengumumkan pra-tempahan untuk barisan produk edisi khas hasil kolaborasi bersama Kojima Productions kini dibuka.

Koleksi ini menggabungkan perkakasan gaming berprestasi tinggi dengan elemen reka bentuk unik berinspirasikan watak ‘Ludens’.

Produk utama ialah ROG Flow Z13-KJP, sebuah peranti 2-dalam-1 ultra mudah alih yang dikuasakan pemproses AMD Ryzen™ AI Max+ 395 bersama grafik Radeon™ 8060S.

Ia menampilkan paparan 13.4 inci 2.5K 180Hz, memori sehingga 128GB dan rekaan premium aluminium CNC serta gentian karbon.

Q1-25-ROG-Flow-Z13-KJP-KV-2 3
Setiap pembelian turut menyertakan permainan Death Stranding 2: On the Beach yang boleh ditebus melalui Armoury Crate.

Turut diperkenalkan ialah aksesori edisi terhad ROG Delta II-KJP (fon kepala), ROG Keris II Origin-KJP (tetikus) dan ROG Scabbard II XXL-KJP (tetikus pad), semuanya menampilkan rekaan eksklusif oleh artis legenda Yoji Shinkawa.

KJP-Z13 20251110_54407_1203

Pra-tempahan berlangsung dari 24 Februari hingga 3 Mac 2026.

ROG Flow Z13-KJP dijual pada harga RM17,999, fon kepala ROG Delta II-KJP berharga RM1,299 dan tetikus ROG Keris II Origin-KJP berharga RM739.

Sementara pad tetikus ROG Scabbard II XXL-KJP  pula berharga RM239.

Tapi untuk pembelian set bundle lengkap, ia ditawarkan hanya pada harga RM19,889 sahaja, eksklusif di ASUS Malaysia eStore.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Huawei Band 11 Dan MatePad 11.5 Dilancar Di Malaysia, Harga Dari RM149
  • Xiaomi Tag Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM59

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY