Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cukai jalan

Benarkah Masih Akan Disaman Jika Tak Pamer “Road Tax”? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Diterbitkan April 18, 2023 · Dikemas kini April 18, 2023 oleh Amalina Athman

Pada Februari lepas, Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke telah mengumumkan pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu mempamerkan “road tax” atau cukai jalan.

Walau bagaimanapun, tular di Facebook apabila seorang lelaki mendakwa telah disaman berikutan kenderaan persendirian milik pelanggan yang dipandu olehnya tidak mempamerkan cukai jalan. Jadi, benarkah cukai jalan masih perlu dipamerkan?

Berkaitan

  • Mulai Hari ini, Pemilik Kenderaan Persendirian Tak Perlu Lagi Lekat "Road Tax"
  • Cara Semak Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital Melalui Aplikasi MyJPJ
  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital
  • Adakah Anda Akan Disaman Jika Tidak Memiliki Aplikasi MyJPJ?

Mengikut kenyataan YB Anthony dan FAQ di laman rasmi Kementerian Pengangkutan (MOT), memang benar digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan disimpan dalam kereta jika kenderaan persendirian bukan dipandu oleh pemilik.

Namun begitu, dinyatakan juga tidak perlu bimbang jika tidak dapat menunjukkan bukti cukai jalan secara digital mahupun bercetak. Sebaliknya, pihak penguatkuasa boleh menyemak butiran dalam peranti mereka.

Secara konklusi, bukanlah satu kesalahan jika tidak mempamerkan cukai jalan pada kenderaan persendirian yang bukan dipandu oleh pemilik.

Benarkah Masih Akan Disaman Jika Tak Pamer “Road Tax”? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Tangkap layar di FAQ MOT

Walaupun telah dihubungi dan dinyatakan saman berkenaan boleh dibatalkan, seharusnya pihak MOT dan penguatkuasa yang terlibat mengambil perhatian dalam pelaksanaannya, bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

Buat masa ini, belum ada kenyataan lanjut daripada YB Anthony Loke berkenaan isu ini. Dijangkakan penjelasan mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.

Sumber: Faiz Sulaiman, FAQ MOT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY