Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi SU7 ultra_5

Bekas Bos Pereka BMW Kini Sertai Pasukan EV Xiaomi

Diterbitkan Ogos 22, 2025 oleh ariff bukhari

Xiaomi mengukuhkan lagi usaha dalam industri kenderaan elektrik (EV) dengan merekrut Kai Langer, bekas ketua reka bentuk BMW yang berpengalaman lebih 20 tahun.

Langer, yang pernah terlibat dalam reka bentuk ikonik seperti model BMW i3, i8, Vision Neue Klasse, i Vision Circular, dan i Vision Dee, kini menyertai Xiaomi bermula 1 Ogos 2025.

Bekas Bos Pereka BMW Kini Sertai Pasukan EV Xiaomi

Walaupun peranannya disenaraikan hanya sebagai Pelanggan/ Jenama/ Produk di LinkedIn, beliau dijangka memainkan peranan utama dalam divisyen reka bentuk EV Xiaomi.

Sebelum ini, beliau merupakan Ketua Reka Bentuk Dalaman MINI dan pernah mengetuai reka bentuk untuk jenama BMW i.

Xiaomi turut memperkukuh kehadirannya di Jerman dengan pusat R&Dnya berpangkalan di sana yang diketuai oleh bekas eksekutif BMW, Rudolf Dittrich yang telah menyertai Xiaomi 2024 lalu.

Langkah ini menunjukkan strategi Xiaomi menggabungkan teknologi canggih China dengan kepakaran reka bentuk automotif Eropah untuk mempercepatkan pertumbuhan dalam pasaran EV global.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Hyundai Patenkan Teknologi Bateri EV Generasi Baharu
  • Keuntungan Xiaomi Meningkat ~RM68 Bilion, Jenama Telefon Pintar Kekal 3 Teratas Di Dunia

Sumber: BMW blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY