Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Keuntungan Xiaomi Meningkat ~RM68 Bilion, Jenama Telefon Pintar Kekal 3 Teratas Di Dunia

Keuntungan Xiaomi Meningkat ~RM68 Bilion, Jenama Telefon Pintar Kekal 3 Teratas Di Dunia

Diterbitkan Ogos 21, 2025 · Dikemas kini Ogos 21, 2025 oleh ariff bukhari

Xiaomi mengumumkan pendapatan mereka meningkat 30.5% tahun ke tahun yang menyaksikan peningkatan sebanyak RMB116 bilion (~RM68.3 bilion) bagi suku ke-2 2025.

Ia sekali gus menandakan untuk tiga suku berturut-turut, keuntungan  Xiaomi melepasi RMB100 bilion (RM58 bilion).

Xiaomi berkata, pertumbuhan ini dipacu oleh strategi “Human × Car × Home” dengan kejayaan dalam tiga segmen utama berikut:

Telefon pintar

Penghantaran telefon pintar global Xiaomi adalah berjumlah 42.4 juta unit dengan mengekalkan kedudukan 3 teratas global selama 20 suku berturut-turut.

Malah segmen premium kini menumbang 27.6% jualan di China. Segmen ini sahaja menyumbangkan sebanyak RMB45.5 bilion (~RM26.8 bilion) kepada Xiaomi.

Xiaomi 15S Pro_2
Xiaomi 15S Pro.

Kenderaan elektrik (EV)

Xiaomi merekodkan penghantaran sebanyak 81,302 unit EV pada suku ke-2 dengan jumlah kumulatif melebihi 300,000 unit.

SUV pertama, Xiaomi YU7 Series, mencatatkan 240,000 tempahan dalam 18 jam. Pendapatan EV Xiaomi sahaja melebihi RMB20 bilion (~RM11.78 bilion) untuk pertama kalinya,

xiaomi su7 ultra
EV Xiaomi SU7 Ultra.
Xiaomi YU7_1
EV Xiaomi YU7

IoT & peralatan pintar rumah

IoT & peralatan pintar rumah Xiaomi pula mencatat rekod baharu apabila meningkat 44.7% YoY, mencatatkan pendapatan sebanyak RMB38.7 bilion (~RM22.8 bilion) dalam suku kedua,

Jualan penghawa dingin Xiaomi naik 60% kepada 5.4 juta unit, peti sejuk +25% ( melebihi 790,000 unit) dan mesin basuh +45% melebihi 600,000 unit.

Xiaomi Smart Living Showcase 2025 KV

Selain itu, tablet Xiaomi juga terus menunjukkan momentum yang kuat dalam tempoh tersebut.

Menurut Canalys, penghantaran tablet global Xiaomi meningkat 42.3% tahun ke tahun, menjadikannya yang paling cepat meningkat di antara lima vendor teratas dunia.

Malah Xiaomi yang kini menceburi industri cip pemprosesan dengan memperkenalkan cip 3nm buatan sendiri, Xiaomi XRING O1, menjadikannya syarikat keempat di dunia dan pertama di China yang berjaya mereka bentuk serta membangunkan cip 3nm secara kendiri.

XRING O1_h
Cip ini kini digunakan pada peranti Xiaomi 15S Pro serta tablet premium Xiaomi Pad 7 Ultra dan Pad 7S Pro, yang dilancarkan pada suku kedua.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Monopoli Carian Di Peranti Android, Google Setuju Bayar ~RM152 Juta
  • ROG Xbox Ally Akan Dilancar Di Malaysia Pada 16 Oktober 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY