Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MAE featured

[Dikemas Kini] Beberapa Perkhidmatan Maybank Alami Gangguan Buat Sementara Waktu

Diterbitkan Disember 24, 2025 · Dikemas kini Disember 24, 2025 oleh Amalina Athman

Kemas kini 24 Disember 2025, 3.00 petang: Semua perkhidmatan Maybank kembali pulih sepenuhnya.

#MBBAlert

All our services have been fully restored. We remain committed to ensuring seamless and worry-free banking for you, always.

Thank you for your continued support.

— Maybank (@MyMaybank) December 24, 2025


Artikel asal: Maybank kini memaklumkan bahawa terdapat gangguan yang menjejaskan beberapa perkhidmatan buat sementara waktu.

Menurut bank itu, gangguan berkenaan menyebabkan kelewatan atau ketidaksediaan sementara bagi beberapa perkhidmatan, termasuk pembayaran DuitNow QR, pemindahan wang, pembayaran bil serta transaksi berkaitan.

[Dikemas Kini] Beberapa Perkhidmatan Maybank Alami Gangguan Buat Sementara Waktu

Namun begitu, pengguna masih boleh menggunakan perkhidmatan Interbank GIRO seperti biasa untuk tujuan pemindahan wang sepanjang tempoh ini.

Ketika ini, Maybank memaklumkan pihaknya dalam usaha memulihkan perkhidmatan yang terjejas secepat mungkin.

#MBBAlert

Kindly be informed that we are currently experiencing intermittent slowness affecting DuitNow services, including QR payments, transfers, bill payments and related transactions.

Some transactions may take longer than usual or are temporarily unavailable.

(1/3)

— Maybank (@MyMaybank) December 24, 2025

Bagi pelanggan yang memerlukan bantuan lanjut, Maybank menasihatkan supaya menghubungi Maybank di 1-300-88-6688 untuk panggilan dalam Malaysia atau +603-7844 3696 bagi panggilan dari luar negara, atau melalui e-mel ke [email protected].

Berkaitan

  • Maybank Kini Benarkan Tukar Had Pemindahan Dalam Aplikasi MAE, Ini Caranya
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Tetapan Semula Kata Laluan Maybank2u Kini Hanya Melalui Aplikasi MAE
  • Maybank Hadkan Akses Maybank2u, MAE Pada Sistem Operasi Versi Lama - Ini Perlu Diketahui

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY