Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Beberapa Pengguna Facebook Untuk Android Terima Ciri Mod Gelap

Beberapa Pengguna Facebook Untuk Android Terima Ciri Mod Gelap

Diterbitkan November 27, 2019 · Dikemas kini November 28, 2019 oleh Helmi Samsuri

Tahun 2019 boleh dikatakan sebagai tahun bermulanya mod gelap digunakan dengan lebih meluas, sama ada pada sistem mahupun aplikasi mudah alih yang lain.

Platform media sosial popular, Facebook juga tidak terlepas dari tren ini dimana aplikasi Messenger mereka sudahpun tersedia dengan ciri berkenaan.

Pengguna pastinya ternanti-nanti bilakah penawaran serupa akan dibuat pada aplikasi utama dan berdasarkan laporan terbaru, beberapa pengguna sudah menikmati mod gelap tersebut.

Menuruti laporan daripada Phone Arena, beberapa imej memperlihatkan mod gelap aplikasi Facebook sudah dimuat naik pada laman Reddit dan ia dikesan sudah bermula seawal dua bulan yang lalu lagi.

Beberapa Pengguna Facebook Untuk Android Terima Ciri Mod Gelap

Perkongsian pengguna di Twitter juga ada dibuat tetapi tidak dinyatakan model telefon pintar dan adakah ciri tersebut hanya sementara atau sebagainya.

@realmecareIN @realmemobiles
Dark mode on Facebook pic.twitter.com/plqHiDojko

— nagesh bande (@nagesh45) November 25, 2019

facebook tengah test dark mode ke tu? pic.twitter.com/VsLhjarGB0

— Lock (@locknain) November 17, 2019

Ini sedikit sebanyak menggambarkan Facebook sedang giat menjalankan ujian mod gelap pada peranti Android dan mungkin ia hampir untuk ditawarkan kepada umum.

Sumber: Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY