Secara Rasminya Peranti iOS dan Android Kini Boleh Mengaktifkan Mod Gelap Aplikasi Facebook Messenger

Tak perlu lagi hantar emoji bulan sabit.


Jika sebelum ini pengguna aplikasi Facebook Messenger di peranti iOS dan Android perlu menghantar emoji bulan sabit kepada rakan sembang mereka dahulu bagi mengaktifkan mod gelap untuk aplikasi tersebut.

Tetapi bermula hari ini, pengguna boleh saja terus mengaktifkan tema gelap tersebut dengan menarik butang tema gelap yang terletak di bawah profail mereka.

Facebook mengumumkan berita tersebut di dalam blog mereka hari ini:

After a month-long Easter Egg activation with countless crescent moon emojis, we are excited to announce that everyone around the world will be able to activate dark mode in Messenger with a simple toggle switch from settings. The toggle is rolling out globally today.




Tema gelap aplikasi Messenger menyediakan kecerahan lebih rendah sambil mengekalkan kontras dan keceriaannya.

Mod gelap akan mengurangkan silau dari telefon anda untuk digunakan dalam keadaan cahaya yang rendah. Jadi anda boleh menggunakan ciri-ciri Messenger yang anda suka dalam pelbagai keadaan.

Berkaitan