Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga oneplus nord 3

Kemas Kini Hingga 7 Tahun Seperti ‘Isi Inti Baru Pada Sandwic Berkulat’ – Presiden OnePlus

Diterbitkan Februari 9, 2024 · Dikemas kini Februari 9, 2024 oleh ariff bukhari

Google sebelum ini telah menjanjikan sokongan kemas kini terhadap keselamatan dan sistem operasi Android sehingga tujuh tahun dengan pelancaran Pixel 8 pada akhir 2023 lalu.

Samsung juga mengumumkan bahawa mereka akan mengikuti langkah itu dengan Galaxy S24 dan menjanjikan jangka masa kemas kini yang sama untuk telefon pintar andalannya pada tahun ini.

Tetapi OnePlus pula sebaliknya yang berbeza pendapat dengan berpegang pada dasar kemas kini lima tahunnya dengan OnePlus 12, yang mana anda akan mendapat kemas kini OS selama empat tahun.

OnePlus berpendapat bahawa sokongan kemas kini perisian yang lebih panjang itu kelihatan bagus di atas kertas tetapi tidak akan menghasilkan pengalaman pengguna yang baik.

Menjelaskan perkara itu, Presiden OnePlus dan COO, Kinder Liu membandingkan tujuh tahun kemas kini dengan menambah inti baharu pada roti sandwic lama dan berkulat.

“Bayangkan telefon anda adalah sandwic. Sesetengah pengeluar kini mengatakan bahawa pengisian dalam sandwic mereka — perisian telefon mereka — masih bagus untuk dimakan dalam masa tujuh tahun. Tetapi apa yang mereka tidak beritahu anda ialah roti dalam sandwic — pengalaman pengguna — mungkin berkulat selepas empat tahun. Tiba-tiba dasar kemas kini perisian selama tujuh tahun tidak penting, kerana pengalaman anda yang lain dengan telefon adalah mengerikan,” kata Liu ketika temu bual bersama Tom’s Guide.

Jadi, bagaimana pula dengan pendapat anda sebagai pengguna telefon pintar. Adakah anda bersetuju dengan pendapat OnePlus atau sebaliknya?

Berkaitan

  • Singapura Akan Sekat Pengguna Android 'Sideload' Aplikasi
  • iOS 17.3.1 Kini Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat Untuk Teks
  • Tak Perlu Banyak, Dengan 3 Siri iPhone Ini Saja Apple Sudah Kuasai Pasaran Telefon Pintar 2023

Sumber: Tom’s Guide

Beli barisan produk OnePlus dari stor rasmi di:

Shopee: https://invl.io/clkpmdm

Lazada: https://invol.co/clkpmds

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY