ASUS Malaysia telah melancarkan siri terbaru Vivobook 14 dan 16 yang dilengkapi teknologi AI terkini. Laptop ini direka untuk meningkatkan produktiviti dan pengalaman pengguna dengan ciri-ciri pintar yang memenuhi keperluan pelbagai gaya hidup.
Antara ciri-ciri utama komputer riba ini dilengkapi pemproses Snapdragon X, AMD Ryzen AI, dan Intel Core Ultra (Siri 2) yang menyokong sehingga 50 TOPS NPU untuk tugas berasaskan AI.
Turut hadir dengan teknologi AI Noise Cancellation dan ASUS 3DNR meningkatkan kualiti video dan audio. Kekunci Copilot+ memberikan akses pantas kepada ciri AI untuk menjana kandungan kreatif dan automasi kerja.
Bateri pula dikatakan tahan sehingga 29 jam untuk penggunaan sepanjang hari tanpa perlu dicas dengan sokongan pengecasan pantas: 60% dalam 49 minit.
Pelbagai port I/O termasuk USB-C, HDMI, dan bicu audio untuk sambungan peranti yang lengkap. Papan kekunci ErgoSense dan pad sentuh besar dengan Smart Gesture memudahkan navigasi dan penggunaan.
Ia juga menekankan aspek keselamatan di mana kamera AI dengan Windows Hello untuk log masuk tanpa sentuhan dan selamat. Pemproses keselamatan Microsoft Pluton melindungi data peribadi seperti kata laluan dan kunci penyulitan.
Reka bentuknya ringan (1.46kg) dan nipis (1.79cm) dengan engsel 180° untuk kemudahan penggunaan. Malah, ia memenuhi standard ketahanan ketenteraan MIL-STD-810H. Paparan pula 16:10 FHD+ IPS yang luas untuk produktiviti dan hiburan.
Ditawarkan dalam pilihan warna, Cool Silver, Quiet Blue, dan Platinum Gold.
Berikut adalah spesifikasi penuh dan harga ditawarkan di Malaysia.
Vivobook 14/16 (A1407QA / A1607QA)
- Pemproses: Snapdragon X (8-teras, sehingga 2.97GHz)
- Paparan: 14″/16″ FHD+ IPS, 300nits
- Memori: 16GB LPDDR5x
- Storan: 1TB PCIe Gen 4 SSD
- Bateri: 50Wh, sehingga 29 jam
- Harga: RM2,999
Vivobook 14/16 (M1407KA / M1607KA)
- Pemproses: AMD Ryzen AI 7 350 (8-teras, sehingga 5.0GHz)
- Paparan: 14″/16″ FHD+ IPS, 300nits
- Memori: 16GB DDR5
- Storan: 512GB PCIe Gen 4 SSD
- Bateri: 42Wh
- Harga: RM3,499
Vivobook 16 (A1607CA)
- Pemproses: Intel Core Ultra 5 225H (14-teras, sehingga 4.9GHz)
- Paparan: 16″ FHD+ IPS, 300nits
- Memori: 16GB DDR5
- Storan: 1TB PCIe 4.0 SSD
- Bateri: 42Wh
- Harga: RM3,399
Bagi yang berminat, kesemua peranti ini sudah boleh didapati di semua pengedar ASUS seluruh negara.
{suggest}
Sumber: Siaran media ASUS