Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sumbangan asas rahmah

Bantuan SARA Melalui MyKad Diperluaskan Ke Sabah, Sarawak – Disalurkan Mulai 15 Januari

Diterbitkan Januari 14, 2025 · Dikemas kini Januari 14, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula 15 Januari 2025, melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) berkata penyaluran SARA melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak, berbanding hanya di negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.

Mekanisme yang seragam ini merupakan penambahbaikan daripada tahun lalu, berbanding penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Berkenaan kadar bantuan SARA, isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 untuk tahun 2025, berbanding RM1,200 pada 2024. Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025.

Bermula April 2025, kadar bantuan akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan.

Bantuan SARA Melalui MyKad Diperluaskan Ke Sabah, Sarawak – Disalurkan Mulai 15 Januari

Sementara itu, 4.7 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tidak berada dalam rekod eKasih (bukan miskin atau miskin tegar) turut akan menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025. Bagi kategori isi rumah, bantuan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan, manakala warga emas tiada pasangan akan menerima RM50 sebulan.

Buat pengetahuan, di bawah program SARA, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 1,200 buah di seluruh negara.

Penerima SARA boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barang keperluan asas terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas.

Dalam pada itu, penerima SARA dinasihatkan agar berwaspada dengan pautan tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk maklumat mengenai program SARA. Untuk butiran lanjut dan semakan kelayakan SARA, layari portal rasmi STR atau MyKasih.

Berkaitan

  • Belanjawan 2025: Kategori Bujang Akan Terima STR Sebanyak RM600
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Ini Sebab Pentingnya Mohon STR 2025 Lebih Awal
  • Ini Senarai Status Pelajar Yang Layak Untuk Terima Baucar Digital FLYsiswa RM400

Sumber: Kementerian Kewangan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY