Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
semak bayaran SARA 2025_

Bantuan SARA 2025: Ini Yang Perlu Diketahui & Cara Semak Status Kelayakan

Diterbitkan Mac 26, 2025 · Dikemas kini Mac 26, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan hari ini mengumumkan bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluas kepada 4.7 juta penerima STR yang bukan dalam kategori miskin/miskin tegar, bermula 1 April 2025.

Apa maknanya?

Buat pengetahuan, 700,000 penerima SARA sedia ada yang tersenarai dalam rekod eKasih telah pun menerima bantuan tambahan ini setiap bulan sejak Januari 2025, dan berterusan sehingga Disember 2025.

Sementara untuk 4.7 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang tidak berada di dalam rekod eKasih, kerajaan akan menyalurkan bantuan ini bermula 1 April 2025 hingga Disember 2025.

Siapa yang layak?

Semua kategori penerima STR layak menerima bantuan SARA, kecuali bagi kategori bujang yang tidak tersenarai dalam rekod eKasih. Secara keseluruhan, ia terbahagi kepada lima kategori penerima seperti berikut:

  • Isi Rumah (penerima STR berstatus miskin/miskin tegar eKasih)
  • Warga emas tiada pasangan (penerima STR berstatus miskin/miskin tegar eKasih)
  • Bujang berumur 21-59 tahun (penerima STR berstatus miskin/miskin tegar eKasih)
  • Isi Rumah (penerima STR sahaja)
  • Warga emas tiada pasangan (penerima STR sahaja)

Mekanisme bayaran SARA 2025

Berbeza dengan tahun 2024, semua penerima (sama ada kategori eKasih atau bukan) akan menerima bayaran SARA 2025 dalam bentuk kredit bulanan melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad, termasuk penerima di Sabah dan Sarawak.

Berapa amaun bayaran?

Kelayakan amaun SARA 2025 adalah seperti berikut, mengikut kategori penerima:

SARA 2025_2

Kalau tak guna habis baki elaun, boleh dibawa ke bulan seterusnya?

Ya. Baki elaun bulanan yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama elaun bulan semasa. Namun, sebarang baki elaun perlu digunakan sepenuhnya selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025. Jika tidak, ia akan luput secara automatik.

Boleh ke individu lain buat pembelian selain penerima SARA?

Tidak. Pembayaran di kaunter adalah menggunakan MyKad penerima bersama nombor pin yang hanya diketahui oleh penerima. Sebarang pembelian yang dibuat oleh individu selain penerima adalah tanggungjawab penerima itu sendiri.

Semak status kelayakan

Status kelayakan SARA 2025 boleh disemak melalui portal rasmi MyKasih di pautan checkstatus.mykasih. Menerusi pautan ini juga, pengguna boleh menyemak baki kredit SARA.

SARA 2025_4

Semakan senarai kedai & pasar raya terpilih

Dalam pautan yang sama untuk semakan kelayakan SARA 2025, pengguna juga boleh tatal (scroll) ke bawah dan klik pada “Senarai Kedai”. Kemudian, carian senarai kedai boleh dibuat mengikut negeri dan bandar.

SARA 2025_5

Peringatan

Penerima bantuan SARA diingatkan untuk berhati-hati dan tidak klik sebarang pautan yang mencurigakan di media sosial.

Rujuk portal rasmi atau platform yang boleh dipercayai seperti media sosial Kementerian Kewangan, portal Sumbangan Tunai Rahmah, MyKasih dan sebagainya, bagi mengetahui maklumat rasmi dan terkini.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Bantuan SARA Melalui MyKad Diperluaskan Ke Sabah, Sarawak - Disalurkan Mulai 15 Januari
  • Bayaran STR Fasa 2 Dikredit Mulai Isnin Depan

Rujukan: FAQ SARA 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY